Connect with us

Terkini

Cukai Barangan Mewah dikuat kuasa separuh kedua 2023

Kerajaan dijangka mula menguatkuasakan pelaksanaan Cukai Barangan Mewah pada separuh kedua tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong.

Wartawan TMT

Published

on

Cukai Barangan Mewah dikuat kuasa separuh kedua 2023
Foto: Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong.
  • Kerajaan dijangka mula kuatkuasa pelaksanaan Cukai Barangan Mewah pada separuh kedua tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong.
  • Kerajaan tidak ingin buat keputusan terburu-buru dalam penguatkuasaan cukai ini kerana masih banyak perlu diperhalusi bersama pihak berkepentingan yang lain.
  • “Saya secara peribadi telah menerima banyak kebimbangan yang dibangkitkan oleh industri pelancongan dan industri runcit mengenai cukai barangan mewah, tetapi saya ingin nyatakan, kerajaan sedang membuat kajian mengenai struktur cukai secara keseluruhan.
  • “Kami pasti akan berunding dengan pihak berkepentingan termasuk mereka dari industri pelancongan dan runcit,” katanya selepas melancarkan AmanahRaya Syariah Income Fund (ARSIF) di sini, pada Rabu.

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mula menguatkuasakan pelaksanaan Cukai Barangan Mewah pada separuh kedua tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong.

Beliau berkata, kerajaan tidak ingin membuat keputusan terburu-buru dalam penguatkuasaan cukai ini kerana masih banyak perlu diperhalusi bersama pihak berkepentingan yang lain.

Katanya, kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan ketika ini masih sedang mengadakan perbincangan dan kajian mendalam.

“Saya secara peribadi telah menerima banyak kebimbangan yang dibangkitkan oleh industri pelancongan dan industri runcit mengenai cukai barangan mewah, tetapi saya ingin nyatakan, kerajaan sedang membuat kajian mengenai struktur cukai secara keseluruhan.

“Kami pasti akan berunding dengan pihak berkepentingan termasuk mereka dari industri pelancongan dan runcit,” katanya selepas melancarkan AmanahRaya Syariah Income Fund (ARSIF) di sini, pada Rabu.

Chee Keong berkata, kerajaan akan memastikan bahawa cukai baharu pada peringkat pengenalan tidak akan menjadikan Malaysia negara yang kurang berdaya saing.

Sebaliknya, beliau berkata pengenalan cukai barangan mewah ini perlu dilihat daripada sudut perspektif yang lebih besar.

“Kerajaan meletakkan hampir RM1 bilion untuk pemerkasaan industri pelancongan dan telah memperkenalkan pelepasan untuk pembelian kraf tempatan,” katanya.

Sementara itu, ditanya tempoh masa kerajaan akan mengumumkan mekanisme subsidi bersasar terutamanya untuk petrol, Chee Keong berkata, perkara itu masih dalam kajian dengan pembabitan pelbagai pihak berkepentingan.

Beliau berkata, kerajaan tidak mahu terlalu pantas memperkenalkan mekanisme tetapi akhirnya memberikan impak negatif kepada golongan sasaran.

“Kita perlu memastikan apa jua keputusan untuk menarik balik subsidi, tidak akan menimbulkan kejutan ke dalam pasaran.

“Subsidi bersasar harus benar-benar menepati sasaran iaitu golongan yang memerlukan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending