Terkini
Bukan masa sesuai untuk rasionalisasi subsidi tapi ia perlu – BNM
‘Ini bukan masa yang sesuai, tetapi sesuatu perlu dilakukan’, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus mengenai langkah merasionalisasi subsidi.
- ‘Ini bukan masa yang sesuai, tetapi sesuatu perlu dilakukan’, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus mengenai langkah merasionalisasi subsidi.
- Beliau berkata, masih terdapat pelbagai langkah untuk melakukan rasionalisasi subsidi bagi kurangkan kesannya kepada pendapatan kerajaan dan rakyat.
- “Oleh itu, ia (rasionalisasi subsidi) perlu dilakukan. Bagi memastikan kemampanan fiskal dan untuk kita mengukuhkan lagi sistem perlindungan sosial serta ke arah kemampanan ekonomi hijau,” katanya selepas sidang media sempena penerbitan Laporan Tahunan 2022, Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2022 serta Tinjauan Kestabilan Kewangan bagi Separuh Kedua 2022.
- Nor Shamsiah berkata, bentuk subsidi semasa dinikmati secara tidak seimbang oleh mereka tidak layak sekaligus wujudkan ketidakseimbangan.
KUALA LUMPUR: ‘Ini bukan masa yang sesuai, tetapi sesuatu perlu dilakukan’, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus mengenai langkah merasionalisasi subsidi.
Beliau berkata, masih terdapat pelbagai langkah untuk melakukan rasionalisasi subsidi bagi mengurangkan kesannya kepada pendapatan kerajaan dan rakyat.
“Oleh itu, ia (rasionalisasi subsidi) perlu dilakukan. Bagi memastikan kemampanan fiskal dan untuk kita mengukuhkan lagi sistem perlindungan sosial serta ke arah kemampanan ekonomi hijau,” katanya selepas sidang media sempena penerbitan Laporan Tahunan 2022, Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2022 serta Tinjauan Kestabilan Kewangan bagi Separuh Kedua 2022.
Nor Shamsiah berkata, bentuk subsidi semasa dinikmati secara tidak seimbang oleh mereka yang tidak layak sekaligus mewujudkan ketidakseimbangan.
Beliau berkata, dengan merasionalisasikan skim subsidi semasa, penjimatan yang berpotensi boleh disalurkan dengan sewajarnya untuk memberi manfaat kepada kumpulan terdedah yang paling memerlukannya.
“Penjimatan yang direalisasikan daripada rasionalisasi akan disalurkan kepada kumpulan sasaran bagi menyokong mereka.
“Ia akan menghasilkan pengagihan semula sumber daripada golongan kaya kepada mereka yang paling memerlukannya,” katanya.
Nor Shamsiah berkata, menjalankan rasionalisasi akan memastikan kemampanan fiskal dan membolehkan negara mengukuhkan sistem perlindungan sosialnya selain daripada maju ke arah ekonomi yang lebih hijau.
Ia katanya akan menyumbang ke arah masa depan yang lebih hijau dan mengurangkan jejak karbon dalam ekonomi.
Sumber: Berita Harian