Connect with us

Terkini

Boleh beli kereta mahal, hisap rokok namun culas bayar sumbangan PIBG

Terdapat beberapa individu di Facebook meluahkan kekecewaan dengan sikap culas sesetengah ibu bapa yang enggan membayar sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekalipun berkemampuan. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Boleh beli kereta mahal, hisap rokok namun culas bayar sumbangan PIBG
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Terdapat beberapa individu di Facebook meluahkan kekecewaan dengan sikap culas sesetengah ibu bapa yang enggan membayar sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekalipun berkemampuan.
  • Menurut mereka, tidak seharusnya sikap culas berkenaan wujud memandangkan kutipan sumbangan itu bukanlah menuntut ribuan ringgit malah pada akhirnya ia akan ‘kembali’ juga kepada anak-anak mereka.
  • Sikap culas sesetengah ibu bapa ini juga didakwa antara penyebab mengapa sekolah Melayu tidak semaju sekolah bangsa lain khususnya kaum Cina.
  • Luahan itu disuarakan berikutan hantaran Facebook Pensyarah Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad yang menjelaskan bahawa tiada paksaan ke atas ibu bapa untuk memberi sumbangan atau derma PIBG.
  • Merujuk Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) 1998 [Sub Peraturan 7(2)] Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) tidak wujud istilah yuran PIBG sebaliknya akta itu menjelaskan sumbangan atau derma PIBG tidak boleh dipaksakan ke atas ibu bapa.
  • Dr Anuar mengingatkan agar isu ini difahami sebetul-betulnya kerana dikhuatiri akan menimbulkan tekanan dan rasa rendah diri pada pelajar yang tidak mampu membayar ‘yuran PIBG’.

KUALA LUMPUR – Terdapat beberapa individu di Facebook meluahkan kekecewaan dengan sikap culas sesetengah ibu bapa yang enggan membayar sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekalipun berkemampuan. 

Menurut mereka, tidak seharusnya sikap culas berkenaan wujud memandangkan kutipan sumbangan itu bukanlah menuntut ribuan ringgit malah pada akhirnya ia akan ‘kembali’ juga kepada anak-anak mereka.

Sikap culas sesetengah ibu bapa ini juga didakwa antara penyebab mengapa sekolah Melayu tidak semaju sekolah bangsa lain khususnya kaum Cina.

“Duit itu akhirnya ke anak kita juga…beli kereta mahal-mahal dengan rokok boleh pulak…sebab itu sekolah Melayu ini tak maju maju berbanding bangsa C…terlalu berkira tentang pendidikan…eloklah mak bapa ini buat lawatan ke sekolah bangsa itu untuk buka minda dan mata..” kata pengguna Facebook, Fiffy Sabryna.

“Keculasan membayar sumbangan PIBG sebenarnya mencerminkan mentaliti subsidi sesetengah orang kita. Terutama yang hantar anak ke SK/SMK. Orang lain boleh berpakat menyumbang sehingga terbina bangunan sekolah berjuta untuk anak bangsa.

“Orang kita ada yang sambil simpan kotak rokok RM20 di poket dan kunci kereta harga RM100 ribu di tangan, masih bertikai dengan guru bayaran sekolah anak serta dengan majlis PIBG tentang sumbangan RM50 setahun untuk anak dia juga.

“Spesies ini yang sampai dulu di sekolah bila hari-hari agihan BAP (Bantuan Awal Persekolahan). Bukan semua, tapi cukup ramai,” kata pengguna Facebook Mohd Asri Yusof.

Luahan itu disuarakan berikutan hantaran Facebook Pensyarah Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad yang menjelaskan bahawa tiada paksaan ke atas ibu bapa untuk memberi sumbangan atau derma PIBG.

Ini berikutan, merujuk Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) 1998 [Sub Peraturan 7(2)] Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) tidak wujud istilah yuran PIBG sebaliknya akta itu menjelaskan sumbangan atau derma PIBG tidak boleh dipaksakan ke atas ibu bapa. 

Dr Anuar mengingatkan agar isu ini difahami sebetul-betulnya kerana dikhuatiri akan menimbulkan tekanan dan rasa rendah diri pada pelajar yang tidak mampu membayar ‘yuran PIBG’.

“Setiap kali sesi sekolah bermula, maka isu yuran PIBG pasti kembali. Di pihak kepimpinan PIBG, mereka perlukan sumber kewangan untuk uruskan program yang di rancang. 

“Di pihak ibu bapa tidak berkemampuan atau memiliki anak yang belajar di beberapa sekolah, yuran PIBG adalah satu bebanan kewangan yang mungkin meresahkan mereka.

“Oleh kerana PIBG adalah sebuah persatuan, kadar yuran dikenakan berbeza antara satu sekolah dengan sekolah lain. 

“Tentulah akan ada ibubapa tak puas hati bila kepimpinan PIBG sekolah kenakan yuran PIBG yang tinggi. Mereka jadi marah dan tidak mahu menyumbang,” katanya di Facebook pada Khamis.

Dr Anuar yang pernah terlibat dalam PIBG, mengatakan beliau memahami kesukaran dihadapi kepimpinan persatuan itu untuk mencari dana.

Kesukaran mewujudkan hubungan akrab di antara kepimpinan PIBG dan ibu bapa bagi mendorong mereka untuk menyumbang kepada PIBG dan pihak sekolah turut dirasai beliau suatu ketika dulu sebagaimana melibatkan alumni sekolah juga.

Beliau menyifatkan menjadi pemimpin PIBG sekolah pada hari ini lebih mencabar berbanding masa lalu.  – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Anuar Ahmad

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *