Connect with us

Terkini

Ahli Parlimen Pasir Mas gesa kerajaan Madani tangani pemikiran Islamofobia

Ahli Parlimen, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) menggesa Kerajaan menangani pemikiran islamofobia bagi mengelakkan kejadian membakar al-Quran seperti yang berlaku di Eropah tidak berulang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ahli Parlimen Pasir Mas gesa kerajaan Madani tangani pemikiran Islamofobia
Foto: Ahli Parlimen, Ahmad Fadhli Shaari.
  • Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menggesa Kerajaan menangani pemikiran islamofobia bagi mengelakkan kejadian membakar al-Quran seperti yang berlaku di Eropah tidak berulang.
  • Katanya, tindakan Kerajaan untuk mengedarkan mushaf al-Quran sebagai tindak balas kejadian membakar kitab suci umat Islam hanyalah simbolik walaupun tindakan itu berhak dipuji.
  • “Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan mengambil langkah mengedarkan mushaf al-Quran, tetapi isunya ialah Islamofobia dan bukan kekurangan mushaf al-Quran walaupun saya faham tindakan itu adalah simbolik pembelaan kita terhadap al-Quran.”
  • “Apa yang lebih penting ialah kita hendak menangkis Islamofobia,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat semalam.  

KUALA LUMPUR, 15 Mac 2023 – Ahli Parlimen, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) menggesa Kerajaan menangani pemikiran islamofobia bagi mengelakkan kejadian membakar al-Quran seperti yang berlaku di Eropah tidak berulang.

Menurutnya, tindakan Kerajaan untuk mengedarkan mushaf al-Quran sebagai tindak balas kejadian membakar kitab suci umat Islam hanyalah simbolik walaupun tindakan itu berhak dipuji.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan mengambil langkah mengedarkan mushaf al-Quran, tetapi isunya ialah Islamofobia dan bukan kekurangan mushaf al-Quran walaupun saya faham tindakan itu adalah simbolik pembelaan kita terhadap al-Quran.”

“Apa yang lebih penting ialah kita hendak menangkis Islamofobia,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Pusat turut meminta penjelasan berhubung sejauh manakah lobi Malaysia kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menubuhkan pusat penyelidikan pemikiran bagi menangkis Islamofobia dari semasa ke semasa.

Sebagai maklum balas, Mohamad Alamin (BN-Kimanis) memaklumkan Kerajaan telah menyertai beberapa siri mesyuarat OIC dan telah menghantar surat bantahan rasmi bersama kepada Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengutuk insiden menghina al-Quran.

Terdahulu, Ahli politik Denmark, Rasmus Paludan sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan membakar kitab suci al-Quran di hadapan Kedutaan UK di Copenhagen.

Katanya, dia tidak akan berhenti dalam usaha mengkritik Islam dan menghina al-Quran.

Sumber: Samudera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *