Connect with us

Antarabangsa

Wanita Perancis pandu 4,300km hantar bantuan kepada mangsa gempa Turkiye

Seorang wanita Perancis berumur 24 tahun memandu trelernya ke selatan Turkiye untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Wanita Perancis pandu 4,300km hantar bantuan kepada mangsa gempa Turkiye
Foto: Wanita Perancis, Gulfem zengin.
  • Seorang wanita Perancis memandu treler ke Turkiye untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi.
  • Gulfem Zengin memulakan perjalanan dari bandar Perancis Lyon ke Kahramanmaras di selatan Turkiye.
  • Zengen memulakan perjalan dari Lyon ke Kapikule, Edirne di sempadan Turkiye dan Bulgaria.
  • Beliau tiba di Kahramanmaras pada Sabtu lalu dan menghantar bantuan di bawah penyelarasan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye.
  • Zengen menyelesaikan perjalanan sekitar 4,300 kilometer dalam masa empat hari. 

Seorang wanita Perancis berumur 24 tahun memandu trelernya ke selatan Turkiye untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa.

Selepas mendengar berita tentang gempa bumi di selatan Turkiye, Gulfem Zengin, seorang warga Perancis yang dilahirkan imigran Turkiye, memulakan perjalanan dari bandar Perancis Lyon ke Kahramanmaras di selatan Turkiye.

“Saya berasa sangat sedih apabila mendengar berita berkenaan gempa bumi itu,” kata Zengin semasa berada di kawasan runtuhan di pusat banda Kahramanmaras dipetik TRT World.

Beliau berkata imigran Turkiye di Perancis menghubunginya supaya menghantar bantuan kemanusiaan dan dia menghadapi perjalanan sukar secara bersendirian untuk membantu mangsa gempa.

“Ia merupakan sesuatu yang saya tidak pernah lakukan sebelum ini. Saya sendirian. Ia mustahil untuk saya, namun saya berfikir ini adalah untuk membantu mangsa-mangsa. Ini adalah bantuan yang boleh dilakukan, sebab itu saya letak tepi ketakutan saya,” katanya. 

Zengen memulakan perjalan dari Lyon ke Kapikule, titik sempadan Turkiye di daerah Edirne di sempadan Turkiye dan Bulgaria.

Membawa makanan, pakaian, ubat-ubatan dan makanan haiwan peliharaan yang dikumpulkan daripada warga Perancis berketurunan imigran Turkiye, Zengen sampai di Kapikule selepas dua hari perjalanan.

Zengen tiba di Kahramanmaras pada Sabtu dan menghantar bantuannya di bawah penyelarasan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye.

Zengen menyelesaikan perjalanan sekitar 4,300 kilometer dalam masa empat hari. 

Sekurang-kurangnya 40,689 mangsa maut dalam dua gempa bumi yang melanda selatan Turkiye pada 6 Februari lalu, berdasarkan angka rasmi terkini.

Di Syria pula, sekurang-kurangnya 5,840 individu maut dalam gempa bumi yang sama.

Sumber: TRT World

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *