Terkini
‘Satu hari sembahyang 5 kali, tiada niat urus BAM dengan baik’, bekas pemain badminton hina Islam
Kenyataan rasis bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik mengatakan orang Melayu hanya tahu makan dan sembahyang lima kali sehari tanpa niat menguruskan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan baik telah mengundang kemarahan netizen.
- Kenyataan rasis bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik mengatakan orang Melayu hanya tahu makan dan sembahyang lima kali sehari tanpa niat menguruskan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan baik telah mengundang kemarahan netizen.
- Kenyataan rasis itu menjadi tular sejak beberapa hari lalu menerusi perkongsian video berdurasi satu minit 34 saat dari pemilik akaun Tiktok @ahboy282 pada Jumaat lalu.
- “Jangan bagi orang Melayu jadilah tukar orang Cina. Cuba tengok ada improve. Sebab orang Melayu dalam mindset saya semua malas tahu makan sahaja.
- “Sebab satu hari sembahyang 5 kali. Dia (orang Melayu) mana ada niat uruskan BAM dengan baik. Menaikkan badminton Malaysia saya rasa takde lagi,” kata Guang Yik dalam kenyataan terjemahan itu.
KUALA LUMPUR – Kenyataan rasis bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik mengatakan orang Melayu hanya tahu makan dan sembahyang lima kali sehari tanpa niat menguruskan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan baik telah mengundang kemarahan netizen.
Kenyataan rasis itu menjadi tular sejak beberapa hari lalu menerusi perkongsian video berdurasi satu minit 34 saat dari pemilik akaun Tiktok @ahboy282 pada Jumaat lalu.
Dalam video itu, pemilik akaun tersebut berkongsi video terjemahan kenyataan Guang Yik yang kini dikatakan menjadi jurulatih di negara China.
Guang Yik dalam kenyataan itu berkata bahawa tiada pemain Malaysia mara ke pusingan akhir serta dia melihat situasi ini berpunca daripada BAM sendiri kerana pengurusannya dijaga oleh orang Melayu.
Katanya, pemain badminton juga mendapat layanan tidak adil kerana kebanyakan tumpuan diberikan kepada Datuk Lee Chong Wei sementara generasi baharu tidak dipupuk untuk menjadi pengganti.
“Saya rasa ini sebab kaum Melayu yang jadi management BAM.
“Jangan bagi orang Melayu jadilah tukar orang Cina. Cuba tengok ada improve. Sebab orang Melayu dalam mindset saya semua malas tahu makan sahaja.
“Sebab satu hari sembahyang 5 kali. Dia (orang Melayu) mana ada niat uruskan BAM dengan baik. Menaikkan badminton Malaysia saya rasa takde lagi,” kata Guang Yik dalam kenyataan terjemahan itu.
Pemilik video itu yang berbangsa Cina turut mengkritik kenyataan tersebut dengan menyifatkan tindakan Guang Yik memalukan Malaysia kerana mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman sehingga dilihat negara lain.-The Merdeka Times
Antara tangkapan layar komen netizen di Tiktok:
Sumber : Tiktok @ahboy282