Connect with us

Terkini

Persatuan Ulama Malaysia gesa Muslim henti ikut budaya bukan Islam, sambut Hari Kekasih

Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Abdullah menggesa umat Islam berhenti mengikut budaya bukan Islam.

Wartawan TMT

Published

on

Persatuan Ulama Malaysia gesa Muslim henti ikut budaya bukan Islam, sambut Hari Kekasih
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Abdullah menggesa umat Islam berhenti mengikut budaya bukan Islam.
  • Beliau nasihat masyarakat Islam agar tidak cuba meraikan Hari Kekasih, yang haram disambut mengikut fatwa Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 2005.
  • “Perayaan itu tiada pun dalam ajaran Islam, malah paling ditakuti ada unsur agama lain yang boleh menjejaskan akidah.”
  • “Amalan perayaan ini lazim campur gaul bebas maksiat termasuk gejala zina pasangan remaja belum berkahwin termasuk berdua-duaan di tempat sunyi atau berkhalwat di hotel bajet sebelum mereka terjebak kancah melakukan persetubuhan haram kononnya atas nama cinta abadi.”

SHAH ALAM – Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Abdullah menggesa umat Islam berhenti mengikut budaya bukan Islam.

Beliau menegaskan sedemikian susulan menasihati masyarakat Islam agar tidak cuba meraikan Hari Kekasih, yang masih haram disambut mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 2005.

Ujarnya, “Perayaan itu tiada pun dalam ajaran Islam, malah paling ditakuti ada unsur agama lain yang boleh menjejaskan akidah.”

“Amalan perayaan ini lazim campur gaul bebas maksiat termasuk gejala zina pasangan remaja belum berkahwin termasuk berdua-duaan di tempat sunyi atau berkhalwat di hotel bajet sebelum mereka terjebak kancah melakukan persetubuhan haram kononnya atas nama cinta abadi.”

Tambah Mohamad, pengalaman pihak jabatan agama Islam negeri mendapati bahawa ramai belia Muslim meraikan hari ini dengan perbuatan haram yang ditegah dalam Islam.

Lebih membimbangkan, bekas Ketua Hakim Syarie itu juga merujuk kepada statistik pihak polis yang melaporkan banyak berlaku kes buang bayi sekitar akhir November setiap tahun ekoran ramai gadis terlanjur hamil luar nikah.

Mengulas lanjut, katanya, ajaran Islam mengutamakan kasih sayang setiap hari walaupun tiada tarikh khas untuk meraikannya secara rasmi. Beliau juga berpendapat bahawa pasangan kekasih Muslim sepatutnya mengekang nafsu dengan cara halal iaitu berjumpa keluarga untuk mengadakan pernikahan secara sah pada tarikh itu.

Sumber: Samudera

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Penceramah terpalit kes jenayah rogol didakwa beri khutbah Jumaat, Pejabat agama Islam Petaling masih siasat – JAIS

Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Penceramah bebas, Muhammad Fathi Na’im.
  • Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.
  • Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.
  • Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.
  • Beliau berkata demikian ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

KUALA LUMPUR — Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.

Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.

“Isu (Fathi) berkhutbah di Masjid Bandar Sri Damansara, PAID Petaling masih menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut.

“Setelah mendapat laporan penuh UPMD Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan dilaksanakan berdasarkan peruntukan peraturan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

Fathi pada November 2022 dilaporkan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Klang atas sembilan pertuduhan merogol, amang seksual dan melakukan hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja antara Jun 2021 dan Februari 2022.

Bagi kesalahan merogol dan melakukan amang seksual, bapa lapan anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan melakukan hubungan seks dengan objek, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di  https://support.themerdekatimes.com

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending