Antarabangsa
Pakistan: RUU baharu larang rakyat kritik tentera & badan kehakiman diperkenal
Rang undang-undang baharu itu telah disemak Kementerian Undang-undang dan Keadilan serta Kementerian Dalam Negeri Pakistan.
- Rang undang-undang baharu itu disemak oleh Kementerian Undang-undang dan Keadilan serta Kementerian Dalam Negeri Pakistan.
- Pindaan itu diperkenalkan ketika kritikan semakin meningkat di laman media sosial terhadap tentera Pakistan dan mahkamah negara berkenaan.
- Rang Undang-undang itu dinamakan Akta Undang-Undang Jenayah (Pindaan), 2023 itu dicadangkan Seksyen 500A baharu di bawah Seksyen 500 dalam PPC 1860.
- Menurut laporan, individu yang membuat, menerbitkan, mengedar sebarang kenyataan atau sebar maklumat melalui mana-mana medium, dengan niat mempersendakan atau sindir badan kehakiman, angkatan tentera atau mana-mana anggota boleh dihukum.
ISLAMABAD, 14 Rejab 1444H, Ahad — Pakistan telah memperkenalkan undang-undang baharu yang menetapkan hukuman penjara sehingga lima tahun terhadap individu mengkritik atau mempersendakan pasukan tentera atau badan kehakiman negara.
Memetik agensi berita Pakistan, Dawn, rang undang-undang baharu itu telah disemak Kementerian Undang-undang dan Keadilan serta Kementerian Dalam Negeri Pakistan.
Pindaan rang undang-undang itu diperkenalkan ketika kritikan semakin meningkat di laman media sosial terhadap tentera Pakistan dan mahkamah negara berkenaan.
Memetik sumber di Kementerian Dalam Negeri mendakwa, ringkasan dan rang undang-undang itu akan dihantar ke Kabinet dalam masa terdekat.
Rang Undang-undang yang dinamakan Akta Undang-Undang Jenayah (Pindaan), 2023 itu mencadangkan Seksyen 500A baharu di bawah Seksyen 500 dalam PPC 1860.
Menurut laporan, individu yang membuat, menerbitkan, mengedar sebarang kenyataan atau menyebarkan maklumat melalui mana-mana medium, dengan niat untuk mempersendakan atau menyindir badan kehakiman, angkatan tentera atau mana-mana anggota boleh dihukum.
Mereka yang didapati bersalah boleh berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda lebih RM15,000 atau kedua-duanya sekali.
Malah, rang undang-undang selanjutnya menyatakan pesalah akan ditangkap tanpa waran dan kesalahan itu tidak boleh diikat jamin dan tidak boleh dikompaun, namun boleh dicabar di mahkamah sesyen. – Agensi
Sumber: Ismaweb
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa2 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia