Connect with us

Terkini

Kerajaan dicadang segera pinda POCA – NGO

Dua badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyarankan supaya kerajaan segera meminda semula Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 agar usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengekang kegiatan jenayah komersial boleh dilakukan dengan lebih berkesan.

Wartawan TMT

Published

on

kerajaan-dicadang-segera-pinda-poca-ngo
Gambar sekadar hiasan.
  • Dua badan NGO menyarankan kerajaan segera meminda semula Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 agar usaha PDRM mengekang kegiatan jenayah komersial  dilakukan dengan berkesan.
  • Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia dan Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia berharap undang-undang yang lebih ketat bantu PDRM pastikan mereka terlibat jenayah komersial terima hukuman setimpal.
  • PDRM berdepan kesukaran dapatkan bukti bawa pelaku jenayah ke muka pengadilan, seperti melibatkan Seksyen 4 yang menyentuh perihal kebenaran dan tempoh reman individu ditahan di bawah akta tersebut. – Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia, Datuk Hishamuddin Hashim
  • “Undang-undang yang ada hari ini… dari sudut siasatan seolah-olah tidak berpihak kepada PDRM sekali gus memberi kesan kepada mangsa. Tidak seperti jenayah dadah yang ada Langkah-Langkah Pencegahan Khas, jenayah komersial ini agak lambat, mungkin salah satunya berhubung Akta Keterangan 1950,” katanya.

Dua badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyarankan supaya kerajaan segera meminda semula Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 agar usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengekang kegiatan jenayah komersial boleh dilakukan dengan lebih berkesan.

Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia dan Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia berharap undang-undang yang lebih ketat akan membantu PDRM memastikan mereka yang terlibat dengan kegiatan jenayah komersial menerima hukuman setimpal.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia Datuk Hishamuddin Hashim berkata pada masa ini PDRM berdepan banyak kesukaran dalam mendapatkan bukti bagi membawa pelaku jenayah itu ke muka pengadilan, seperti melibatkan Seksyen 4 yang menyentuh perihal kebenaran dan tempoh reman individu ditahan di bawah akta tersebut.

“Sebenarnya sukar untuk polis mengesan dalang utama kerana sindiket-sindiket ini menggunakan proksi atau penama yang tidak mempunyai sebarang aset, atau tidak kisah berdepan risiko atau saman sivil. Sebab itu bila nak buat tangkapan atau jejak wang, sukar untuk buktikan sampai kepada penjenayah utama.

“Undang-undang yang ada hari ini… dari sudut siasatan seolah-olah tidak berpihak kepada PDRM sekali gus memberi kesan kepada mangsa. Tidak seperti jenayah dadah yang ada Langkah-Langkah Pencegahan Khas, jenayah komersial ini agak lambat, mungkin salah satunya berhubung Akta Keterangan 1950,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat kunjungan hormat dan menyerahkan 200 laporan polis dibuat mangsa penipuan pelaburan Zutello kepada Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Muhammed Hasbullah Ali di Kuala Lumpur, semalam.

“Jadi sudah tiba masanya polis sebagai penguat kuasa undang-undang dan bagi mangsa, mereka perlukan undang-undang bersifat pencegahan yang lebih ketat agar tidak ramai lagi individu di luar sana menjadi mangsa,” katanya.

Beliau berkata siasatan menerusi Akta Keterangan atau pengesahan perbankan juga akan menjadi lebih sukar jika pindahan wang dibuat sindiket berkenaan bukan berbentuk wang tetapi dalam mata wang kripto.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia Tan Sri Musa Hassan yang turut serta dalam kunjungan itu berkata beliau akan memanjangkan perkara itu kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.

Mengulas mengenai kenapa kebanyakan kes-kes scammer hanya berakhir dengan tindakan saman sivil, beliau berkata PDRM sudah menjalankan siasatan namun disebabkan faktor kurangnya keterangan, kes berkenaan gagal dituduh di peringkat Peguam Negara.

“Polis hanya menjalankan siasatan dan sama ada hendak dituduh atau tidak, itu atas kuasa budi bicara Peguam Negara. Kadangkala apabila sampai ke Peguam Negara dan didapati kurang keterangan yang kukuh maka ia gagal dituduh.

“Itulah sebabnya kita perlukan undang-undang pencegahan untuk bawa sindiket ini ke pengadilan kerana ketua-ketua sindiket ini tidak terlibat secara langsung. Mangsa-mangsa ini juga tidak pernah berjumpa dengan dalang scam berkenaan,” katanya.

Pada April tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa keseluruhan Seksyen 4 POCA 1959 adalah tidak berperlembagaan dan menasihatkan agar semua tangkapan yang dibuat oleh PDRM di bawah akta berkenaan ditangguhkan hingga suatu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Sumber: Malaysia kini

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending