Antarabangsa
Keluarkan kenyataan anti-Islam, guru yoga didakwa
Guru yoga, Ramdev Baba didakwa atas tuduhan menggalakkan permusuhan dan perbezaan agama yang keterlaluan dalam kenyataan provokatifnya semasa perjumpaan tukang tilik di daerah Barmer Rajasthan, lapor polis pada Ahad.
- Guru yoga India, Ramdev Baba didakwa atas tuduhan menggalakkan permusuhan dan perbezaan agama yang keterlaluan dalam kenyataan provokatifnya.
- Laporan maklumat pertama difailkan di balai polis Chohtan pada Ahad selepas seorang warga tempatan Pathai Khan, 42, membuat aduan tentang kenyataan guru yoga itu.
- Ramdev turut membandingkan Hinduism dengan Islam dan Kristian dan mendakwa kedua-dua agama itu terlalu taksub dengan penukaran agama, manakala agama Hindu mengajar penganutnya untuk melakukan kebaikan.
- Khan memberitahu kenyataan Ramdev “menyakiti sentimen jutaan orang Islam” dan membuatnya “tanpa sengaja” supaya perasaan permusuhan dan kebencian diwujudkan terhadap Islam.
Guru yoga, Ramdev Baba didakwa atas tuduhan menggalakkan permusuhan dan perbezaan agama yang keterlaluan dalam kenyataan provokatifnya semasa perjumpaan tukang tilik di daerah Barmer Rajasthan, lapor polis pada Ahad.
The Indian Express melaporkan laporan maklumat pertama difailkan di balai polis Chohtan pada Ahad selepas seorang warga tempatan Pathai Khan, 42, membuat aduan tentang kenyataan guru yoga itu pada 2 Februari lalu.
Selain menuduh orang Islam menggunakan keganasan, Ramdev turut membandingkan Hinduism dengan Islam dan Kristian dan mendakwa kedua-dua agama itu terlalu taksub dengan penukaran agama, manakala agama Hindu mengajar penganutnya untuk melakukan kebaikan.
Dalam aduannya, Khan memberitahu kenyataan Ramdev “menyakiti sentimen jutaan orang Islam” dan membuatnya “tanpa sengaja” supaya perasaan permusuhan dan kebencian diwujudkan terhadap Islam.
Ramdev didakwa di bawah Seksyen 153 (menggalakkan pemusuhan di antara dua kumpulan agama berbeza), 295A (perbuatan yang disengajakan dan berniat jahat, bertujuan untuk menimbulkan kemarahan mana-mana golongan agama dengan menghina agama atau kepercayaan agamanya), dan 298 (mengucap, perkataan, dsb., dengan niat sengaja untuk menyinggung perasaan penganut mana-mana agama).
Sumber: The Indian Express