Connect with us

Terkini

KDN warta larangan terhadap tiga buku berunsur lucah & promosi LGBT

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan larangan terhadap tiga penerbitan, antara lain disebabkan kandungan berunsur lucah dan tidak bermoral serta mempromosi gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Wartawan TMT

Published

on

KDN warta larangan terhadap tiga buku berunsur lucah & promosi LGBT
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • KDN memaklumkan, semua warta perintah larangan itu berkuat kuasa pada 20 Januari 2023, selaras dengan peruntukan mengikut Seksyen 7(1), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 2012).
  • Seksyen berkenaan menetapkan percetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilihan hasil penerbitan berkenaan dilarang secara mutlak di Malaysia.
  • “Kerajaan komited mencegah penyebaran unsur-unsur yang memudaratkan moral kalangan masyarakat kerana ia secara tidak langsung boleh menyumbang ke arah keruntuhan bangsa dan negara,” – Kementerian Dalam Negeri (KDN).

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan larangan terhadap tiga penerbitan, antara lain disebabkan kandungan berunsur lucah dan tidak bermoral serta mempromosi gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Tiga penerbitan terbabit, masing-masing bertajuk ‘The Tale of Steven’ dikenakan perintah larangan melalui Warta Kerajaan PU (A) 24, ‘Jacob’s Room to Choose’ melalui Warta Kerajaan PU (A) 25 dan ‘Aku’ melalui Warta Kerajaan PU (A) 26.

Dalam satu kenyataan, KDN memaklumkan, semua Warta Perintah Larangan itu bertarikh dan berkuat kuasa 20 Januari 2023, selaras dengan peruntukan mengikut Seksyen 7(1), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 2012).

Seksyen berkenaan menetapkan percetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilihan hasil penerbitan berkenaan adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.

“Kerajaan komited mencegah penyebaran unsur-unsur yang memudaratkan moral kalangan masyarakat kerana ia secara tidak langsung boleh menyumbang ke arah keruntuhan bangsa dan negara,” kata kementerian berkenaan.

Menurut KDN, ketiga-tiga penerbitan terbabit dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan moral.

“Penerbitan bertajuk ‘Aku’ didapati secara jelas mempunyai kandungan berunsur lucah dan tidak bermoral yang boleh memberi kesan buruk terhadap akhlak diri dan bertentangan dengan nilai-nilai kesopanan masyarakat Malaysia.

“‘The Tale of Steven’ dan ‘Jacob’s Room to Choose’ pula didapati mempromosi gaya LGBT dan dilihat sebagai satu bentuk ancaman terhadap nilai murni yang diajar agama serta didukung masyarakat Timur selama ini,” kata KDN.

Sehubungan itu, mana-mana individu dilarang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa juga maksud seperti itu daripada tiga penerbitan berkenaan.

Mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 2012), mereka yang melanggar larangan berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mendapati penerbitan di atas atau mana-mana penerbitan dikhuatiri melanggar undang-undang negara masih diedarkan di pasaran, boleh membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN di talian 03-88868047 atau Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman http://moha.spab.gov.my.

Sumber: Berita Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kandungan provokatif di media sosial meningkat ketara – MCMC

Sebanyak 35,490 kandungan provokatif telah diturunkan pada 2023, manakala 27,115 kandungan diturunkan bagi dua bulan pertama tahun ini, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 35,490 kandungan provokatif diturunkan pada 2023, manakala 27,115 kandungan diturunkan bagi dua bulan pertama tahun ini, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
  • “Sejumlah 2,004 kandungan melibatkan ucapan berbaur kebencian dan menyentuh aspek 3R (raja, agama dan kaum) yang berpotensi mencetuskan keganasan dan diskriminasi telah diturunkan sejak Januari 2023 hingga kini. Sementara, sejumlah 479 kandungan provokasi dan 3R telah diturunkan sejak 13 Mac hingga kini,” menurut kenyataan MCMC hari ini.
  • MCMC memaklumkan kandungan memudaratkan termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu dan ia mengundang ancaman signifikan kepada fabrik sosial dan institusi di Malaysia.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 35,490 kandungan provokatif telah diturunkan pada 2023, manakala 27,115 kandungan diturunkan bagi dua bulan pertama tahun ini, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan terdapat peningkatan ketara kandungan memudaratkan di media sosial dan platform Over The Top (OTT).

“Sejumlah 2,004 kandungan melibatkan ucapan berbaur kebencian dan menyentuh aspek 3R (raja, agama dan kaum) yang berpotensi mencetuskan keganasan dan diskriminasi telah diturunkan sejak Januari 2023 hingga kini. Sementara, sejumlah 479 kandungan provokasi dan 3R telah diturunkan sejak 13 Mac hingga kini,” menurut kenyataan itu.

MCMC memaklumkan kandungan memudaratkan termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu dan ia mengundang ancaman signifikan kepada fabrik sosial dan institusi di Malaysia.

“Sebarang perkongsian kandungan bersifat jelik dan mengancam merupakan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali, menurut MCMC.

Menurut MCMC, pihaknya tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan sebarang penyebaran kandungan provokatif yang melampau di media sosial.

MCMC mengingatkan semua pihak supaya menghentikan hantaran provokasi dan elak daripada menulis komen-komen yang bersifat provokatif dan 3R di media sosial. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending