Connect with us

Terkini

Kahwin muda faktor keciciran pendidikan Orang Asli

Isu keciciran anak Orang Asli dalam bidang pendidikan di Melaka tidak begitu serius berbanding beberapa negeri lain di negara ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kahwin muda faktor keciciran pendidikan Orang Asli
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hanya segelintir daripada mereka masih enggan ke sekolah melibatkan beberapa buah kampung termasuk Kampung Orang Asli Bukit Payung. – Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Melaka dan Negeri Sembilan, Shahrani Idris 
  • Kerajaan negeri akan beri perhatian serius terhadap isu keciciran anak-anak Orang Asli dalam bidang pendidikan di 14 buah kampung membabitkan seramai 2,057 pelajar, walaupun peratusannya tidak begitu tinggi.
  • “Bagi pembelajaran agama Islam iaitu Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) akan diwujudkan di Kampung Orang Asli Bukit Payung tidak lama lagi. Di kampung ini mempunyai masyarakat beragama Islam paling ramai iaitu seramai 53 keluarga dari 147 keluarga,” katanya. 

 

ALOR GAJAH: Isu keciciran anak Orang Asli dalam bidang pendidikan di Melaka tidak begitu serius berbanding beberapa negeri lain di negara ini.

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Melaka dan Negeri Sembilan, Shahrani Idris berkata, hanya segelintir sahaja daripada mereka yang masih enggan ke sekolah melibatkan beberapa buah kampung termasuk Kampung Orang Asli Bukit Payung.

Beliau berkata, faktor utama yang menjadi penyumbang terhadap perkara itu adalah disebabkan ada di antara mereka sudah berkahwin pada usia muda.

“Memang ada berlaku keciciran kerana ada sebahagian daripada mereka sudah berkahwin dalam usia yang sangat muda menyebabkan mereka enggan ke sekolah,” katanya kepada pemberita selepas Program Cakna Ummah Masyarakat Orang Asli Bukit Payung di sini, semalam.

Dalam pada itu, kerajaan negeri akan memberi perhatian serius terhadap isu keciciran anak-anak orang asli dalam bidang pendidikan di 14 buah kampung membabitkan seramai 2,057 pelajar, walaupun peratusannya tidak begitu tinggi.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, sebagai langkah awal kerajaan negeri telah memberi bantuan sekali bayar bernilai RM50 kepada 500 pelajar orang asli di tadika, sekolah menengah dan sekolah rendah.

Menurutnya, usaha giat akan dilaksanakan termasuk dengan bantuan Jakoa dalam usaha menggalakkan anak-anak mereka tidak tercicir dalam pendidikan.

“Isu keciciran dalam bidang pendidikan bagi masyarakat ini tidaklah begitu serius, namun kerajaan negeri akan memberikan perhatian serius.

“Bagi pembelajaran agama Islam iaitu Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) akan diwujudkan di Kampung Orang Asli Bukit Payung tidak lama lagi. Di kampung ini mempunyai masyarakat beragama Islam paling ramai iaitu seramai 53 keluarga daripada 147 keluarga,” katanya. – UTUSAN

 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *