Connect with us

Terkini

Isu iDME : Guru boleh rekod, lapor secara luar talian atau hibrid

Guru kini diberi hak memilih sama ada mahu merekod dan melaporkan tahap penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara luar talian atau secara hibrid menggunakan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) Kementerian Pendidikan (KPM).

Wartawan TMT

Published

on

Isu iDME : Guru boleh rekod, lapor secara luar talian atau hibrid
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Guru kini dibenarkan memilih sama ada mahu merekod dan melaporkan tahap penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara luar talian atau secara hibrid menggunakan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB).
  • Ia susulan masalah Sistem Pengurusan Identiti (IDME) yang dikatakan masih belum stabil sehingga menyusahkan guru yang menggunakannya.
  • “Templat baharu untuk pengisian PBD bagi pelaporan ujian akhir sesi akademik 2022/2023 secara luar talian akan disediakan sebagai alternatif,” – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

PUTRAJAYA: Guru kini diberi hak memilih sama ada mahu merekod dan melaporkan tahap penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara luar talian atau secara hibrid menggunakan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) Kementerian Pendidikan (KPM).

Ia susulan masalah Sistem Pengurusan Identiti (IDME) yang dikatakan masih belum stabil sehingga menyusahkan guru yang menggunakannya.

KPM dalam kenyataan hari ini berkata templat baharu untuk pengisian PBD bagi pelaporan ujian akhir sesi akademik 2022/2023 secara luar talian akan disediakan sebagai alternatif.

“KPM amat prihatin akan isu yang dihadapi guru untuk merekod dan melaporkan tahap PBD murid bagi sesi akademik 2022/2023 dalam SPPB.

“KPM memutuskan, guru diberi autonomi untuk memilih sama ada untuk merekod dan melaporkan tahap penguasaan PBD secara luar talian atau menggunakan SPPB secara hibrid.

“Templat baharu untuk pengisian PBD bagi pelaporan ujian akhir sesi akademik 2022/2023 secara luar talian akan disediakan sebagai alternatif,” kata kementerian berkenaan.

Pada masa sama, KPM menyatakan ia komited mengurangkan beban tugas guru dan memastikan kebajikan pendidik terpelihara.

Advertisement

Minggu lalu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dilaporkan berkata, sistem berkenaan ditutup sepanjang hujung minggu bagi memberi semua pihak bertenang seketika.

Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa langkah akan diambil supaya ia dibaiki dengan segera.

Sebelum ini, KPM didesak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) untuk menangguhkan penggunaan IDME yang dikatakan belum sesuai untuk kegunaan guru mengisi markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA).

Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon dilaporkan berkata, guru-guru mula rasa terbeban dengan sistem IDME kerana capaian trafik yang amat tinggi ekoran pelaksanaan PBD secara dalam talian.

BH juga melaporkan keluhan guru yang menyifatkan pengguna iDME bukan sahaja membebankan mereka dan tekanan, malah turut mengganggu tugas hakiki.

Sumber: Berita Harian

Advertisement

 

Author

Terkini

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

A.R. Khan

Published

on

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Foto: Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo.
  • Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
  • Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
  • Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
  • “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
  • Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.

Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi  Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.

Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.

“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.

Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.

Advertisement

Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.

Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel. 

Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending