Connect with us

Terkini

Cerita Bella dibawa ke klinik bukan rekaan – Siti Bainun

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen, di sini, bahawa dia tidak mereka-reka cerita mengenai remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Cerita Bella dibawa ke klinik bukan rekaan - Siti Bainun
Foto: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali (kiri).
  • Siti Bainun berkata dia mengambil pendekatan seperti ibu-ibu lain untuk memberikan rawatan terbaik kepada anak-anak jagaannya termasuk Bella, jika mereka sakit.
  • “Ia bergantung pada tahap sakit anak saya dapat ditahan atau tidak dapat ditahan. Jika anak-anak memerlukan apa-apa, saya akan beri bergantung pada masa dan keadaan. Sekiranya mereka perlukan saya untuk bercerita… saya sentiasa ada.”
  • Katanya, dia berasa pelik apabila rakan baiknya Zurianty Sudin memaksanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan COVID-19 sedangkan keadaan kesihatannya baik.
  • “Dia cakap kalau you tak nak pergi hospital, you akan berpisah dengan dia orang (penghuni Rumah Bonda) dengan cara paling sedih. Saya berasa pelik sebab saya tahu dia tidak akan ambil tahu tentang saya dan dia juga tidak pernah ambil tahu keadaan kesihatan anak-anak saya.”

KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen, di sini, bahawa dia tidak mereka-reka cerita mengenai remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Siti Bainun, 31, berkata, dia mengambil pendekatan seperti ibu-ibu lain untuk memberikan rawatan terbaik kepada anak-anak jagaannya termasuk Bella, jika mereka sakit.

“Ia bergantung pada tahap sakit anak saya dapat ditahan atau tidak dapat ditahan. Jika anak-anak memerlukan apa-apa, saya akan beri bergantung pada masa dan keadaan. Sekiranya mereka perlukan saya untuk bercerita… saya sentiasa ada,” katanya semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad pada perbicaraan bela diri wanita itu yang didakwa mengabai dan menganiaya Bella.

Tertuduh turut bersetuju dengan cadangan Nor Azizah bahawa dia memberi layanan sama rata kepada semua anak jagaannya.

Bagaimanapun, Siti Bainun tidak bersetuju dengan cadangan pendakwaan bahawa dia tidak berjumpa dengan doktor semasa Bella dibawa ke sebuah klinik di Setapak.

Pada prosiding sebelum ini, saksi pendakwaan ke-16, Dr Rashid Khan Khan Mohamad dari Klinik Setapak dan Surgeri memberitahu mahkamah, Siti Bainun ada berjumpa dengannya pada 2 Jun 2021 untuk mendapatkan ubat bagi rawatan kecederaan air panas.

Siti Bainun berkata, dia berasa pelik apabila rakan baiknya Zurianty Sudin memaksanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan COVID-19 sedangkan keadaan kesihatannya baik.

“Dia cakap kalau you tak nak pergi hospital, you akan berpisah dengan dia orang (penghuni Rumah Bonda) dengan cara paling sedih. Saya berasa pelik sebab saya tahu dia tidak akan ambil tahu tentang saya dan dia juga tidak pernah ambil tahu keadaan kesihatan anak-anak saya,” katanya.

Disoal peguamnya, Mohammad Farhan Maaruf berhubung tindakan Zurianty memberikan peringatan sedemikian, Siti Bainun berkata mungkin wanita itu ingin merakam video Bella yang kononnya didera semasa ketiadaannya di rumah.

“Saya memang tak sangka dia boleh buat sehingga ke tahap itu kerana sebelum ini kami okey saja. Kami kurang berhubung hanya selepas saya ada anak-anak dan komitmen saya sendiri. Malah kami juga sering bercanggah pendapat,” katanya.

Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung hari ini. 

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *