Connect with us

Terkini

U4S bantu komuniti banteras aedes

Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) mengadakan program University For Society (U4S) menggabungkan kepakaran tiga universiti dalam membantu komuniti setempat membanteras nyamuk aedes.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

U4S bantu komuniti banteras aedes
Foto: Gimik perasmian Program ‘University for Society’ (U4S) Zon Tengah: Komuniti Banteras Aedes, Semudah 123 oleh Datuk Mohd. Sharil Abdullah.
  • Program University for Society (U4S) melibatkan kepakaran dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menerusi pelancaran Karnival U4S Zon Tengah.
  • U4S turut melibatkan Kementerian Pendidikan Tinggi, Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) serta Combi, BAS (M) Sdn. Bhd. dan komuniti perumahan tersebut. – Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat (BKIM) JPT, Datuk Mohd. Sharil Abdullah 
  • “Denggi adalah isu yang tidak pernah selesai kerana ia saling berkait dengan cara kita menguruskan kehidupan. Sekiranya kita mengamalkan kebersihan lebih terperinci, insya-Allah ia dapat dilupuskan selama-lamanya.
  • “Justeru, saya percaya usaha membanteras nyamuk aedes dengan bantuan semua pihak dalam membolehkan komuniti setempat hidup sejahtera,” katanya.

KAJANG – Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) mengadakan program University For Society (U4S) menggabungkan kepakaran tiga universiti dalam membantu komuniti setempat membanteras nyamuk aedes.

Program tersebut melibatkan kepakaran dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menerusi pelancaran Karnival U4S Zon Tengah: Komuniti Banteras Aedes, Semudah 123 di Taman Prima Saujana, di sini semalam.

Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat (BKIM) JPT, Datuk Mohd. Sharil Abdullah berkata, U4S turut melibatkan Kementerian Pendidikan Tinggi, Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) serta Combi, BAS (M) Sdn. Bhd. dan komuniti perumahan tersebut.

“Denggi adalah isu yang tidak pernah selesai kerana ia saling berkait dengan cara kita menguruskan kehidupan. Sekiranya kita mengamalkan kebersihan lebih terperinci, insya-Allah ia dapat dilupuskan selama-lamanya.

“Justeru, saya percaya usaha membanteras nyamuk aedes dengan bantuan semua pihak dalam membolehkan komuniti setempat hidup sejahtera,” katanya berucap pada pelancaran Karnival U4S Zon Tengah: Komuniti Banteras Aedes, Semudah 123 di sini semalam.

Menerusi program tersebut, Ahli Jawatankuasa U4S Zon Tengah Selangor diketuai oleh UKM melaksanakan projek bertajuk ‘Pembasmian Denggi dan Kelestarian Komuniti di Hulu Langat, Selangor’.

Beberapa pengisian turut diadakan melibatkan penduduk seperti Explorace Jalan-Jalan Cari Jentik (JJCJJ), senaman aerobik, ceramah interaktif dan tayangan video. 

Sumber: Kosmo

 

Author