Connect with us

Terkini

Tiada sekatan atau larangan kepada pelancong negara luar termasuk China – PM

Kabinet memutuskan tiada sebarang larangan atau sekatan dikenakan terhadap pelancong daripada mana-mana negara luar termasuk China ke negara ini.

Wartawan TMT

Published

on

Tiada sekatan atau larangan kepada pelancong negara luar termasuk China - PM
Foto: Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Kerajaan ambil pendirian tidak ‘mendiskriminasi’ China melihat keadaan jangkitan wabak Covid-19 di beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat juga berdepan situasi sama.
  • Kerajaan akan memperketat kawalan sedia ada seperti penggunaan pengimbas suhu terhadap pendatang asing di pusat Imigresen khususnya daripada negara yang berisiko tinggi berlaku jangkitan wabak.
  • “Kerajaan akan mengambil tindakan untuk menyelamatkan rakyat kita, sesiapa sahaja yang masuk (ke Malaysia) harus dipantau dan dikenakan syarat yang sama,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA: Kabinet memutuskan tiada sebarang larangan atau sekatan dikenakan terhadap pelancong daripada mana-mana negara luar termasuk China ke negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mengambil pendirian tidak ‘mendiskriminasi’ China melihat keadaan jangkitan wabak Covid-19 di beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat juga berdepan situasi sama.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan akan memperketat kawalan sedia ada seperti penggunaan pengimbas suhu terhadap pendatang asing di pusat Imigresen khususnya daripada negara yang berisiko tinggi berlaku jangkitan wabak.

“Kabinet tanpa ragu memutuskan bahawa aspek kesihatan adalah hal yang utama. Soal pelancongan dan ekonomi tidak boleh mengatasi kepentingan mengawal dan merawat rakyat dari segi wabak dan jangkitan. Tiada tolak ansur.

“Namun, ini tidak bermakna kerajaan harus memberi kelonggaran kepada mana-mana negara termasuk China, kita harus pantau seperti mana mengikut keperluan dan kepentingan.

“Oleh itu, kerajaan akan mengambil tindakan untuk menyelamatkan rakyat kita, sesiapa sahaja yang masuk (ke Malaysia) harus dipantau dan dikenakan syarat yang sama,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet hari ini. 

Mengulas mengenai pengambilan dos penggalak Covid-19, Anwar berkata, negara mempunyai bekalan vaksin yang mencukupi namun banyak yang dilupuskan disebabkan sambutan ‘tidak hangat’ dalam kalangan rakyat berbanding pengambilan dos pertama dan kedua.

Justeru, sebelum rakyat memulakan langkah mengambilnya, beliau menyeru supaya pengamal media yang belum mendapatkan vaksin berkenaan untuk mengambil langkah terdahulu.

“Jadi, saya usulkan supaya kita mulakan dengan wartawan yang belum mengambil dos penggalak jangkitan ini, mengikut unjuran Kementerian Kesihatan belum menentu dan tamat.

“Kalau wartawan memberikan teladan yang baik, itu (pengambilan dos penggalak) akan diikuti oleh rakyat,” katanya.- UTUSAN

Sumber : Utusan

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending