Connect with us

Terkini

Peruntukan sama rata kepada Ahli Parlimen perlu dijadikan undang-undang

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menuntut kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan peruntukan yang saksama kepada semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang.

Wartawan TMT

Published

on

Peruntukan sama rata kepada Ahli Parlimen perlu dijadikan undang-undang
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pemberian peruntukan saksama itu perlu digubal sebagai undang-undang supaya sesiapapun pegang tampuk pentadbiran akan melaksanakan kaedah sama. 
  • Pemberian peruntukan pembangunan kawasan tidak sama rata dan saksama kepada semua wakil rakyat dilihat umpama satu hukuman kepada rakyat kerana memilih wakil rakyat yang tidak berpihak kepada kerajaan. 
  • “BERSIH setuju peruntukan sama rata diberikan kepada Ahli Parlimen pembangkang malah kita juga ingin mengingatkan peruntukan pembangunan kawasan yang saksama adalah salah satu manifesto dalam Buku Tawaran Pakatan Harapan (PH) untuk PRU15,” kata Pengerusi BERSIH, Thomas Fann.

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menuntut kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan peruntukan yang saksama kepada semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang.

Pengerusinya, Thomas Fann, berkata pemberian peruntukan yang saksama itu perlu digubal sebagai undang-undang supaya sesiapapun yang memegang tampuk pentadbiran akan melaksanakan kaedah sama. 

Ini kerana katanya, pemberian peruntukan pembangunan kawasan yang tidak sama rata dan saksama kepada semua wakil rakyat dilihat umpama satu hukuman kepada rakyat kerana memilih wakil rakyat yang tidak berpihak kepada kerajaan. 

Atas dasar itu, Thomas berkata, Ketua Pembangkang Parlimen, Datuk Seri Hamzah Zainuddin digesa berbincang dengan Anwar berkenaan penggubalan undang-undang peruntukan pembangunan kawasan yang selaras di kedua-dua peringkat Persekutuan dan negeri.

Mengulas lanjut katanya, peruntukan pembangunan kawasan yang saksama adalah reformasi yang penting untuk menjamin kestabilan politik supaya tiada parti politik yang menjadikannya sebagai alasan untuk menukar kerajaan ketika pertengahan penggal. 

“BERSIH bersetuju supaya peruntukan sama rata diberikan kepada Ahli Parlimen pembangkang malah kita juga ingin mengingatkan bahawa peruntukan pembangunan kawasan yang saksama adalah salah satu manifesto dalam Buku Tawaran Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“BERSIH berpandangan peruntukan ini tidak wajar diberi berdasarkan ehsan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri atau kerajaan, sebaliknya ia perlu dikanunkan sebagai undang-undang.

“Ia penting bagi memastikan siapapun yang memegang tampuk kerajaan selepas ini perlu memberikan peruntukan pembangunan kawasan yang saksama kepada semua wakil rakyat tanpa mengira kecenderungan politik,” katanya melalui kenyataan, di sini.

Sebelum ini, ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa keputusan Kerajaan Perpaduan untuk tidak memberikan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang sebagai tidak adil.

Pada masa sama, Thomas berkata, BERSIH bersetuju dengan gesaan ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim dan ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin supaya peruntukan sama rata diberikan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Beliau berkata, pemberian peruntukan secara saksama ini perlu dijadikan salah satu fokus utama dan segera dalam usaha mereformasi sistem politik dan institusi serta dapat menjadi asas kepada usaha untuk merapatkan jurang antara kerajaan dan pembangkang yang besar selama ini. 

“Peruntukan pembangunan kawasan yang saksama adalah reformasi yang penting untuk menjamin kestabilan politik supaya tiada parti politik yang menjadikannya sebagai alasan untuk menukar kerajaan di pertengahan penggal. 

“Peruntukan itu adalah hak rakyat dan mekanisme yang berkesan dalam membantu rakyat menyelesaikan masalah mereka dengan segera,” katanya.

Beliau berkata, ‘menganaktirikan’ wakil rakyat pembangkang adalah mentaliti kolot dan autoritarian yang tidak harus dikekalkan dan tidak wajar diteruskan lagi oleh Kerajaan Perpaduan yang mentadbir sekarang dan menampilkan diri sebagai reformis.

Katanya, Anwar perlu memulakan amalan politik baharu Ahli Parlimen pembangkang perlu turut dihormati dan diberi peruntukan yang saksama, selain mempunyai peranan di Parlimen untuk semak imbang kerajaan semasa.

“Saya tidak rasa sebabnya kerana ingin membalas dendam tetapi disebabkan selama ini amalan politik negara kita,” katanya. 

Thomas berkata, kerajaan wajar mengikut teladan kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad yang mengumumkan peruntukan kepada 59 ADUN Perak secara sama rata dalam pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2023, bulan lalu.

Beliau berkata, BERSIH turut menyeru supaya Perak dapat mengambil langkah seterusnya dengan mengkanunkan dasar itu supaya ia tidak diubah oleh kerajaan pada masa depan.

Sumber : Berita Harian

 

 

Author

Antarabangsa

Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
  • Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 
  • Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
  • Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 

Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.

Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.

Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.

Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending