Connect with us

Terkini

Konsep Malaysia Madani diharap mampu perkasa tadbir urus kerajaan

Pelaksanaan konsep Malaysia Madani diharap akan dapat menambah baik cara tadbir urus kerajaan seperti yang dimahukan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Konsep Malaysia Madani diharap mampu perkasa tadbir urus kerajaan
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah)
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata tatacara kerja adil dan saksama perlu diterapkan melalui pelaksanaan kerangka dasar baharu yang digagaskan oleh PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • “Inilah yang kita nak lihat di negara kita di mana rakyat kita akan lebih yakin dengan kerajaan yang baharu dan sama-sama kita melihat bagaimana pemerintahan dari segi Madani ini mengangkat semula martabat negara,” katanya.
  • “Apa yang penting, pelaksanaannya dari segi rangka kerja harus difahami oleh semua pihak daripada pihak penggubal dasar serta jentera kerajaan itu sendiri dan itulah yang menjadi cabaran terbesar untuk kita melaksanakan apa jua dasar baharu yang digagaskan oleh sesebuah pentadbiran,” – MB Terengganu,Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

PUTRAJAYA: Pelaksanaan konsep Malaysia Madani diharap akan dapat menambah baik cara tadbir urus kerajaan seperti yang dimahukan rakyat sekaligus membawa pembangunan yang lebih makmur kepada negara ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata tatacara kerja yang adil dan saksama juga perlu diterapkan dalam pelaksanaan kerangka dasar baharu yang digagaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Inilah yang kita nak lihat di negara kita di mana rakyat kita akan lebih yakin dengan kerajaan yang baharu dan sama-sama kita melihat bagaimana pemerintahan dari segi Madani ini mengangkat semula martabat negara,” katanya kepada Bernama sebagai mengulas konsep Malaysia Madani yang diperkenal oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar pula berkata rangka kerja dalam melaksanakan konsep Malaysia Madani perlu difahami oleh semua pihak yang terlibat.

“Apa yang penting, pelaksanaannya dari segi rangka kerja harus difahami oleh semua pihak daripada pihak penggubal dasar serta jentera kerajaan itu sendiri dan itulah yang menjadi cabaran terbesar untuk kita melaksanakan apa jua dasar baharu yang digagaskan oleh sesebuah pentadbiran,” katanya.

Bagi Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong, Anwar telah membawa dimensi yang amat penting kepada keseluruhan pemahaman mengenai kewangan negara dan dasar ekonomi yang merupakan dimensi manusia.

“Ia amat penting kerana kadang-kadang apabila kita melihat angka terbabit, kita terlupa akan wajah-wajah di sebaliknya iaitu orang yang sebenarnya terpaksa berdepan dinamik ekonomi dan situasi ekonomi.

“Saya fikir kita tidak seharusnya lupa bahawa di sebalik statistik, laporan ekonomi dan laporan tahunan terdapat orang sebenar dan penggubal dasar hendaklah melihat kesan terhadap mereka dan bukan sekadar angka terbabit, (tetapi) bagaimana kesinambungan dasar kita mempunyai impak ke atas individu, keluarga dan masyarakat,” katanya.

Kelmarin, Anwar memperkenal ‘Malaysia Madani’ sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.

Madani itu diacu berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.

Sumber: Astro Awani

 

 

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending