Terkini
‘Formula terbaharu Rafizi bantu rakyat’
Kerajaan akan meningkatkan akses pengguna kepada maklumat harga yang boleh membantu rakyat membeli dari kedai yang harganya lebih seiring dengan harga purata setempat, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
- Kerajaan akan tingkatkan akses pengguna kepada maklumat harga yang boleh bantu rakyat membeli dari kedai yang harganya lebih seiring dengan harga purata setempat. – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
- “Ia adalah sebahagian dari usaha untuk selaraskan pasaran kerja dengan tuntutan sektor ekonomi, yang jadi sebahagian dari usaha menyeluruh menstruktur kembali ekonomi negara.”
- “Dalam masa terdekat ini, saya akan bertemu dengan wakil-wakil pengusaha restoran dan peniaga makanan untuk bincangkan secara dua hala langkah-langkah yang boleh diambil bersama oleh kerajaan dan pengusaha restoran dan peniaga makanan,” katanya.
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meningkatkan akses pengguna kepada maklumat harga yang boleh membantu rakyat membeli dari kedai yang harganya lebih seiring dengan harga purata setempat, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Rafizi berkata, pihaknya juga sedia maklum beberapa cabaran pengusaha restoran yang berdepan dengan kenaikan kos lain seperti kos pekerja akibat pelaksanaan gaji minimum RM1,500.
Justeru, pihaknya sedang memperhalusi beberapa langkah bagi membantu peniaga dan pengusaha restoran menangani kenaikan kos yang mereka perlu tanggung selama ini.
“Usaha mengekang inflasi memerlukan semua pihak menggembleng usaha bersama.
“Ada beberapa langkah yang sedang diperhalusi pelaksanaannya untuk membantu peniaga dan pengusaha restoran menangani kenaikan yang mereka tanggung, termasuklah potensi menyebar luas model tenaga kerja sambilan dalam sektor restoran dan kedai makan (F&B).
“Ia adalah sebahagian dari usaha untuk menyelaraskan pasaran kerja dengan tuntutan sektor ekonomi, yang menjadi sebahagian dari usaha menyeluruh menstruktur kembali ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Rafizi berkata, beliau akan bertemu dengan pihak berkaitan dalam masa terdekat mengenai usaha yang boleh diambil bersama.
Tegasnya, pendekatan seperti perbincangan secara dua hala dengan pihak berkepentingan amat penting dalam usaha menangani isu berbangkit.
“Dalam masa terdekat ini, saya akan bertemu dengan wakil-wakil pengusaha restoran dan peniaga makanan untuk membincangkan secara dua hala langkah-langkah yang boleh diambil bersama oleh kerajaan dan pengusaha restoran dan peniaga makanan,” katanya.
Sementara itu, beliau menyambut baik pandangan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan mengenai peranan yang perlu dimainkan kerajaan, peniaga dan pengguna dalam menangani kenaikan harga makanan serta minuman.
Memetik perangkaan inflasi yang diumumkan Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) baru-baru ini, beliau berkata walaupun inflasi bagi Disember tahun lalu mereda kepada 3.8 peratus berbanding 4.0 peratus dalam bulan sebelumnya, kategori harga di restoran serta hotel menjadi satu-satunya kategori masih belum mereda.
DOSM merekodkan kenaikan 7.4 peratus pada Disember 2022 berbanding 7.0 peratus pada bulan sebelumnya.
“Pandangan Jawahar adalah selari dengan pandangan kerajaan supaya pengguna peka kepada kenaikan harga makanan dan minuman yang dibeli dan bijak memilih kedai dan restoran yang menawarkan harga yang lebih baik berbanding pesaing-pesaing,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina