Antarabangsa
Dua lelaki mara ke separuh akhir ratu cantik Jerman
Dua daripada 20 calon terpilih untuk bertanding di peringkat separuh akhir Miss Germany ialah lelaki yang ingin diiktiraf sebagai ‘wanita’.
- Dua daripada 20 peserta yang mara ke peringkat separuh akhir pertandingan Miss Germany ialah lelaki.
- Laurén Kaczmarczyk, 22, dan Saskia von Bargen, 18, kedua-duanya mewakili negeri Lower Saxony.
- “Saya berdiri sebagai seorang wanita dalam pertandingan ini kerana sudah penat dikategorikan sebagai minoriti yang terpinggir dan tidak dilayan selayaknya dengan jantina mereka,” – Laurén Kaczmarczyk
- “Seorang wanita tidak perlu mengiktiraf dirinya mengikut jantina atau rupa, sama ada feminin atau maskulin. Setiap wanita dan setiap lelaki harus berasa selesa dalam badannya dan jika itu tidak berlaku, jangan ada halangan atau ketakutan,” – Saskia von Bargen
Dua daripada 20 calon terpilih untuk bertanding di peringkat separuh akhir Miss Germany ialah lelaki yang ingin diiktiraf sebagai ‘wanita’.
Memetik laporan Reduxx, Laurén Kaczmarczyk, 22, dan Saskia von Bargen, 18, layak ke separuh akhir pertandingan itu, kedua-duanya mewakili negeri Lower Saxony.
Foto mereka berdua disiarkan di laman web dan Instagram rasmi Miss Germany bersama 18 peserta lain yang merupakan wanita tulen. ‘Misi’ mereka turut disertakan dengan foto mereka.
Kaczmarczyk mempunyai beberapa hantaran yang didedikasikan untuk memprofilkannya di Instagram itu, salah satunya memaparkan gambar bendera LGBT.
“Saya berdiri sebagai seorang wanita dalam pertandingan ini kerana sudah penat dikategorikan sebagai minoriti yang terpinggir dan tidak dilayan selayaknya dengan jantina mereka,” kata Kaczmarczyk.
“Apabila orang mengetahui identiti trans saya, mereka menumpukan pada aspek itu dan melihat saya sebagai ‘istimewa’ yang memberi mereka kuasa untuk bertanya kepada kami orang trans soalan intim dan peribadi yang tidak sesuai” tambahnya.
Walaupun berulang kali mengakui dirinya transgender, Kaczmarczyk menegaskan misinya menyertai Miss Germany kerana “mahu dianggap sebagai wanita, bukan wanita trans”.
Seorang lagi peserta lelaki, Saskia von Bargen, yang kononnya melakukan beralih jantina sejak usia muda.
Von Bergen menulis bahawa dia percaya “wanita tanpa biologi wanita juga adalah wanita” dalam kenyataan misi bertandingnya.
“Saya Saskia, berumur 18 tahun dan wanita trans. Pertama, saya ingin menunjukkan kepada orang ramai, terutamanya golongan trans, bahawa wanita yang tidak mempunyai biologi seorang wanita juga adalah wanita.
“Seorang wanita tidak perlu mengiktiraf dirinya mengikut jantina atau rupa, sama ada feminin atau maskulin. Setiap wanita dan setiap lelaki harus berasa selesa dalam badannya dan jika itu tidak berlaku, jangan ada halangan atau ketakutan!
“Tidak perlu kisah bagaimana penerimaan orang lain, kerana hanya anda yang sepatutnya berasa selesa dan gembira.” katanya.
Miss Germany ialah pertandingan ratu cantik kebangsaan negara itu yang diadakan secara tahunan sejak 1927.
Walaupun secara tradisinya ia adalah pertandingan ratu cantik konvensional, pertandingan itu dirombak semula dua tahun lalu untuk menumpukan pada perwatakan dan pencapaian peserta berbanding penampilan luaran mereka.
Dengan semangat pertandingan baru, Miss Germany menyatakan matlamatnya adalah untuk “memperkasakan wanita tulen.”
Namun penyertaan dua lelaki terbabit dilihat bertentangan dengan matlamat itu.
Sumber: Reduxx
Antarabangsa
Pepijat ciri ‘Mirroring Apple’ berisiko dedah data pengguna iPhone
Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.
- Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri ‘Mirroring Apple’ yang menyebabkan data mereka terdedah.
- Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.
- Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan.
- “Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.
- Risiko itu termasuk mendedahkan aplikasi VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.
Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.
Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.
Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan.
Pasukan keselamatan telah menggesa pengguna iPhone untuk berhenti menggunakan ciri pada komputer kerja dan syarikat untuk mengenal pasti mana-mana sistem IT perusahaan yang mengumpulkan inventori perisian daripada Mac sehingga Apple mengeluarkan “patch” baharu.
“Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.
Risiko itu termasuk mendedahkan aplikasi VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.
Apple pada 30 September lalu melaporkan ia telah mengeluarkan semula isu itu dan memberitahu Sevco pada 3 Oktober lalu bahawa ia akan menanganinya dalam kemas kini akan datang tidak lama lagi. – The Merdeka Times
-
Terkini21 hours ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar
-
Terkini2 days ago
Suami wajib beri nafkah ikut kemampuan
-
Terkini24 hours ago
Anwar kata serbuan jam tangan berunsur LGBT keterlaluan, Fadhli sedia tarik balik pujian
-
Antarabangsa2 days ago
Himpunan pro-Palestin seluruh dunia, setahun genosid Israel di Gaza