Terkini
Dilarang beri PrEP pada pasangan homoseksual – Jabatan Mufti Negeri Selangor
Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) yang diambil seseorang negatif HIV bagi mencegah penularan penyakit itu dilarang diberikan kepada “gay boy” atau pasangan yang melakukan hubungan homoseksual.

- PrEP dilarang diberikan kepada “gay boy” atau pasangan yang melakukan hubungan homoseksual.
- Jabatan Mufti Selangor berkata pengambilan ubat itu adalah diharuskan kepada pasangan suami isteri sahaja.
- “Adapun pemberian kepada mereka yang diketahui mengamalkan cara hidup homoseksual adalah dilarang kerana ia dianggap sebagai bersubahat di dalam perkara dosa dan kemaksiatan,” kata jabatan itu dalam ruangan soal jawab agama di portal Jabatan Mufti Negeri Selangor.
- Bulan lalu, sekumpulan pengamal perubatan tempatan menegaskan projek rintis rawatan PrEP hanya perlu dikhususkan kepada pasangan sah pesakit HIV sahaja.
- Bagaimanapun, yang menimbulkan perdebatan adalah cadangan pemberian ubat PrEP secara percuma itu akan diberikan juga kepada komuniti LGBT.
KUALA LUMPUR – Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) yang diambil seseorang negatif HIV bagi mencegah penularan penyakit itu dilarang diberikan kepada “gay boy” atau pasangan yang melakukan hubungan homoseksual.
Jabatan Mufti Negeri Selangor berkata pengambilan ubat itu adalah diharuskan kepada pasangan suami isteri sahaja.
“Yang mana salah seorang daripada mereka telah dijangkiti oleh HIV apabila mereka melakukan hubungan suami isteri.
“Adapun pemberian kepada mereka yang diketahui mengamalkan cara hidup homoseksual adalah dilarang kerana ia dianggap sebagai bersubahat di dalam perkara dosa dan kemaksiatan,” kata jabatan itu dalam ruangan soal jawab agama di portal Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Jawapan itu diberikan jabatan mufti terbabit bagi persoalan mengenai hukum pengamal perubatan memberi PrEP kepada individu mengamalkan homoseksual ketika menyedari kajian menunjukkan tingkah laku songsang itu tetap tinggi, malah meningkat dengan pemberian ubat itu.
PREP dikatakan berkesan untuk mencegah HIV tetapi tidak boleh mencegah jangkitan seksual lain seperti syphilis dan sebagainya.
Bulan lalu, sekumpulan pengamal perubatan tempatan menegaskan projek rintis rawatan PrEP hanya perlu dikhususkan kepada pasangan sah pesakit HIV sahaja
Individu pengamal seks berisiko tinggi yang benar-benar ingin keluar daripada ‘kitaran ketagihan’ seks songsang juga diberikan kelonggaran untuk menerima rawatan ini.
Pengamal perubatan tempatan itu terdiri daripada Prof Dr Samsul Draman, Prof Madya Dr Rosediani Muhamad, Prof Muhammad Ibrahim, Prof Madya Dr Nik Nur Fatnoon Nik Ahmad, Prof Madya Dr Aspalilah Alias dan Dr Radhiahtul Akmal Razali.
Dr Jannatul Madihah Abu Bakar, Dr Zamzurina Asmuee, Ms Afizah Salleh, Dr Anita Rina Ali, Dr Rina Salwani Mohd Tamin, Dr Suhazeli Abdullah, Dr Nor Halwani Habizal, Dr Zafferina Zulghaffar dan Dr Shafiq Wahab juga termasuk dalam kumpulan pengamal perubatan terbabit.
Cadangan pemberian ubat PrEP secara percuma kepada golongan berisiko dijangkiti HIV, termasuk komuniti LGBT, menimbulkan perdebatan dalam kalangan pengamal perubatan di negara ini. – The Merdeka Times
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Selangor
Terkini
Umat Islam boleh hadir perayaan bukan Islam tetapi haram terlibat upacara agama – Fatwa Johor
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.

- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan fatwa kerajaan negeri garis panduan umat Islam hadiri perayaan bukan Islam bermula minggu depan.
- Masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual amalan agama tersebut.
- “Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.”
- “Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain”. – Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.
JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, berdasarkan fatwa itu nanti masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis keraian sesuatu perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual yang berkait dengan amalan agama tersebut.
“Menurut sebilangan ulama, hukum meraikan undangan ke majlis perayaan bukan Islam adalah harus dan dibenarkan, contohnya majlis terbuka atau majlis makan malam dan seumpamanya.
“Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.
“Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Islam Iskandar pada Khamis.
Turut hadir Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Baharin Jalal.
Beliau berkata, umat Islam yang melanggar garis panduan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.
Menurutnya, empat garis panduan tersebut adalah perkara, perbuatan atau perkataan yang bertentangan dengan akidah Islam; bertentangan dengan syarak; bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya serta menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.
Sumber: Sinar Harian
-
Terkini2 days ago
Pemandu mabuk: Peguam tidak setuju, nyawa dibalas nyawa
-
Terkini2 days ago
Edar sejuta al-Quran, PM dikritik mahu tunjuk lebih ‘Islam’ dari PAS
-
Terkini3 days ago
Pemandu mabuk, netizen tuntut nyawa dibayar nyawa
-
Terkini2 days ago
Kali ini Ustaz Abdullah Khairi pula dakwa ‘digam’ Forum Perdana Ehwal Islam