Connect with us

Antarabangsa

Diancam bunuh, komuniti Adivasis Kristian dipaksa peluk agama Hindu

Komuniti Kristian Adivasis dipaksa menukar agama kepada Hindu menerusi kempen dijalankan kumpulan Hindutva, demikian dakwa pasukan pencari fakta yang melawat daerah Chhattisgarh Narayanpur dan Kondagaon.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Diancam bunuh, komuniti Adivasis Kristian dipaksa peluk agama Hindu
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Komuniti Kristian Adivasis dipaksa menukar agama kepada Hindu menerusi satu kempen dijalankan kumpulan Hindutva, demikian dakwa pasukan pencari fakta yang melawat daerah Chhattisgarh Narayanpur dan Kondagaon.
  • Adivasis mempunyai cara hidup tersendiri dan mereka berhak pilih kepercayaan mereka tanpa rasa takut seperti dijamin Perlembagaan India.
  • Individu yang kehilangan tempat tinggal diancam untuk menentang kepercayaan Kristian dan menukar kepada agama Hindu jika gagal mereka terpaksa meninggalkan kampung itu atau menghadapi akibat buruk iaitu kematian.

Komuniti Kristian Adivasis dipaksa menukar agama kepada Hindu menerusi kempen dijalankan kumpulan Hindutva, demikian dakwa pasukan pencari fakta yang melawat daerah Chhattisgarh Narayanpur dan Kondagaon.

Maktoob Media melaporkan pasukan itu yang mengunjungi beberapa kem dan kampung serta berinteraksi dengan mangsa, termasuk bukan penganut Kristian Adivasis, serta penduduk di Kampung Sarpanch berkata, hak kebebasan memilih dan beragama termaktub dalam Perlembagaan India.

Pasukan pencari fakta itu berkata , Adivasis mempunyai cara hidup tersendiri dan mereka mempunyai hak undang-undang memilih kepercayaan mereka tanpa rasa takut seperti dijamin Perlembagaan India.

Laporan misi mencari fakta mendapati dari 9 Disember hingga 18 Disember 2022, terdapat beberapa siri serangan kira-kira di 18 kampung di Narayanpur dan 15 kampung di Kondagaon yang menyebabkan lebih 1,000 orang Kristian Adivasis keluar dari kampung mereka sendiri.

Individu yang kehilangan tempat tinggal diancam untuk menentang kepercayaan Kristian dan menukar kepada agama Hindu jika gagal mereka terpaksa meninggalkan kampung iru atau menghadapi akibat buruk iaitu kematian.

Ramai Kristian Adivasis diserang serta dipukul dengan buluh, tayar, kayu dan sebagainya, di mana sekurang-kurangnya dua dozen orang terpaksa dimasukkan ke hospital dengan kecederaan seperti patah tulang kolar juga kecederaan lain.

“Kami dipukul kerana kami menyembah Yesus”, kata seorang mangsa. 

Ramai penduduk kampung mendakwa mereka dipaksa ‘kembali’ kepada agama Hindu, mengikut budaya suku kaum dan meninggalkan agama Kristian. 

Tuntutan tidak mengikut perlembagaan ini sebahagian besarnya dibuat pihak berkuasa dan ahli kampung lain, yang didakwa adalah ahli Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS), menurut ahli UCF.

Pasukan pencari fakta mendapati penduduk kampung cuba membuat First Information Report (FIR) berkali-kali tetapi pegawai itu tidak peduli dan tidak aktif dalam perkara itu

Sumber : Maktoob Media

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *