Connect with us

Terkini

(VIDEO) Menteri agama cuba takutkan umat Islam dengan perkasa RUU355 – Siti Kasim

Berikutan jaminan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar akan terus memperkukuhkan Akta Mahkamah Syariah Bidang Kuasa Jenayah 1965 (RUU355) untuk kemaslahatan umat Islam, peguam Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim lantang memberi reaksi mengenai hal itu menerusi video di TikTok miliknya baru-baru ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

((VIDEO)) Menteri agama cuba takutkan umat Islam dengan perkasa RUU355 - Siti Kasim
Foto: Siti Zabedah Kasim.

KUALA LUMPUR – Berikutan jaminan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar akan terus memperkukuhkan Akta Mahkamah Syariah Bidang Kuasa Jenayah 1965 (RUU355) untuk kemaslahatan umat Islam, peguam Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim lantang memberi reaksi mengenai hal itu menerusi video di TikTok miliknya baru-baru ini.

Katanya, “kewujudan RUU355 sebenarnya untuk menaikkan hukuman yang sedia ada di mahkamah syariah kita sekarang,” katanya.

Sekarang ini, menurutnya, hukuman adalah tiga tahun penjara, RM 5,000 denda dan enam sebatan. 

Siti Kasim menyifatkan kesalahan-kesalahan di dalam mahkamah syariah sekarang adalah sebagai dosa.

“Ia sebenarnya macam dosalah, bukannya jenayah ya sebab tidak boleh jenayah di mahkamah syariah. 

“Contoh-contoh kesalahan ini seperti tidak bayar zakat, tidak pergi sembahyang, tidak berpuasa, minum arak dan berkhalwat.

“Khalwat ini bukannya tentang seks di dalam hotel sahaja. Jadi, kalau kamu dalam satu rumah ke satu bilik dengan bukan muhrim itu dikira berkhalwat,” kongsinya.

Jika RUU355 dilaksanakan, jelasnya, golongan miskin dan tiada kuasa yang menjadi mangsa untuk kesalahan-kesalahan di bawah mahkamah syariah.

“Saya terkejut dan saya ingat Dr Naim ini seorang yang progresif sebab beliau mahu ‘produce the best people befitting Islam’. 

“Macam mana kamu nak laksanakan itu sedangkan anda paksa orang dengan cara menakutkan dan menghukum begitu tinggi denda, penjara dan sebatan semua. 

“Adakah begitu cara mahu menarik orang percaya kepada Islam? Ini sebenarnya tidak betul,” katanya. – The Merdeka Times.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *