Connect with us

Terkini

Tangkapan bersandarkan risikan, tiada keperluan semak semula Sosma – Saifuddin Nasution

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya tidak berhasrat untuk menyemak semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma). 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tangkapan bersandarkan risikan, tiada keperluan semak semula Sosma - Saifudin Nasution
Foto: Saifuddin Nasution Ismail.
  • Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya tidak berhasrat untuk menyemak semula Akta Sosma.
  • Mengulas lanjut, Saifuddin berkata ada yang ditahan di bawah akta itu telah dibebaskan atau memenangi kes mereka di mahkamah dengan bantuan peguam. 
  • “Tidak semua tahanan Sosma itu berakhir dengan mereka berada di dalam penjara. Sebab proses itu adalah proses yang dipatuhi,” katanya
  • Saifuddin turut menegaskan sebarang tangkapan di bawah Sosma dibuat berdasarkan risikan dan bukti yang boleh dipercayai demi menjaga keamanan.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya tidak berhasrat untuk menyemak semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma). 

Ketika ditanya sama ada dia akan menyemak semula undang-undang berkenaan, Saifuddin mempertahankan Sosma sebagai akta yang membenarkan proses perbicaraan di mahkamah berlaku, tidak seperti akta lain seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat. 

“Selalu orang banding Sosma dengan undang-undang pencegahan yang lain sedangkan Sosma itu sendiri bukan undang-undang pencegahan. 

“Berbanding kalau ISA atau Ordinan Darurat, (tempoh tahanan) itu sehingga 60 hari. Sosma pula adalah 28 hari. Pada akhir 28 hari, cuma ada dua syor iaitu bebas.atau dihadap ke mahkamah. Kalau dihadap ke mahkamah pula, dia masih boleh ambil khidmat peguam,” jelas Saifuddin dalam sidang media di Bukit Aman hari ini. 

Saifuddin mengadakan kunjungan rasmi pertamanya ke ibu pejabat polis hari ini, di mana dia dan timbalannya, Shamsul Anuar Nasarah menerima taklimat daripada ketua polis negara. 

Saifuddin berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita mengenai kemungkinan KDN menyemak semula Sosma serta Suruhanjaya Bebas Salahlaku Polis (IPCC). 

IPCC berkuatkuasa Jun tahun depan Berkenaan IPCC, Saifuddin berkata suruhanjaya itu akan berkuat kuasa mulai Jun tahun depan.

Mengulas lanjut mengenai Sosma, Saifuddin berkata ada dalam kalangan mereka yang ditahan di bawah akta itu telah dibebaskan atau memenangi kes mereka di mahkamah dengan bantuan peguam. 

“Tidak semua tahanan Sosma itu berakhir dengan mereka berada di dalam penjara. Sebab proses itu adalah proses yang dipatuhi. 

“Kalau akhirnya mereka didakwa misalnya, setelah siasatan 28 hari dan mahkamah kemudian membebaskan, pasukan polis patuh keputusan-keputusan itu,” katanya. 

Saifuddin turut menegaskan sebarang tangkapan di bawah Sosma dibuat berdasarkan risikan dan bukti yang boleh dipercayai demi menjaga keamanan dan keselamatan negara. 

“Saya nak mengulangi bahawa pertama apabila sesuatu tindakan tangkapan dibuat, sudah tentu ia berasaskan maklumat risikan terhadap sesuatu kumpulan, kegiatan-kegiatan yang dibaca sebagai memberikan kemudaratan dan ancaman kepada keselamatan rakyat,” katanya. 

Dia juga menegaskan bahawa di bawah Perlembagaan Persekutuan, kerajaan diberi kuasa untuk menggubal undang-undang seperti Sosma yang membenarkan penahanan pra-perbicaraan.

Sumber: Malaysiakini 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *