Connect with us

Terkini

Pemimpin PH seperti Nazi Goebbels tuduh Muhyiddin seleweng RM600 bilion

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) disamakan seperti Ahli Politik Nazi Jerman, Joseph Goebbels ekoran dakwaan mereka ke atas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeleweng dana kerajaan berjumlah RM600 bilion.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pemimpin PH seperti Nazi Goebbels tuduh Muhyiddin seleweng RM600 bilion
Foto: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri), Joseph Goebbels (kanan).
  • Pemimpin Pakatan Harapan (PH) disamakan seperti Ahli Politik Nazi Jerman, Joseph Goebbels ekoran dakwaan mereka ke atas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeleweng dana kerajaan berjumlah RM600 bilion.
  • Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Shah Alam, Dr Afif Bahardin berkata ia adalah tuduhan palsu yang dimainkan pemimpin PH bagi memberikan gambaran kononnya dana itu disalahgunakan pentadbiran Muhyiddin.
  • “Malah, hanya RM80 bilion dikeluarkan secara tunai untuk membantu rakyat dan jumlah yang betul ialah RM530 bilion yang termasuk nilai pengeluaran KWSP dan moratorium bank,” kata Afif.
  • Beliau berkata setiap hari Anwar membuat tuduhan terhadap Muhyiddin dan Saifuddin pula membincangkan siasatan atas kes sama dengan Ketua Polis Negara. 
  • “Pendek kata, PH tuduh dan kemudian PH siasat tuduhan sendiri. Walaupun ini mungkin biasa di negara-negara seperti Korea Utara, ia adalah menjijikkan di Malaysia yang sepatutnya menjadi negara demokrasi,” katanya.

KUALA  LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) disamakan seperti Ahli Politik Nazi Jerman, Joseph Goebbels ekoran dakwaan mereka ke atas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeleweng dana kerajaan berjumlah RM600 bilion.

Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Shah Alam, Dr Afif Bahardin berkata ia adalah tuduhan palsu yang dimainkan pemimpin PH bagi memberikan gambaran kononnya dana itu disalahgunakan pentadbiran Muhyiddin.

“Malah, hanya RM80 bilion dikeluarkan secara tunai untuk membantu rakyat dan jumlah yang betul ialah RM530 bilion yang termasuk nilai pengeluaran KWSP dan moratorium bank. 

“Bolehkah pemimpin PH, termasuk PM, menghentikan pembohongan politik dan memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat?,” katanya dalam kenyataan di sini yang turut menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk tidak campur tangan dalam siasatan polis terhadap dakwaan dana RM600 bilion itu.

Kenyataan itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pemimpin PH itu yang seolah-olah menunjukkan kepada pihak polis bagaimana cara menjalankan tugas mereka.

Beliau berkata dendam politik tidak sepatutnya berlaku di mana-mana negara demokrasi yang berfungsi sepenuhnya dan menyifatkan tindakan pimpinan PH mengejutkan serta tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Walaupun Tan Sri Muhyidin mengalu-alukan sebarang penyiasatan ke atas pakej RM530 bilion untuk membantu rakyat semasa pandemik Covid-19, Menteri Dalam Negeri PH yang baharu, Saifuddin tidak mempunyai urusan membincangkan secara spesifik sebarang siasatan dengan KPN. Itu adalah bidang kuasa polis dan tidak boleh ada campur tangan politik atau menteri,” katanya.

Dr Afif berkata tindakan Anwar yang dipanggil “PM reformis” membuat tuduhan tanpa sebarang bukti untuk menyokongnya, pada minggu pertama memegang jawatan amat mengerikan.

“Lebih memalukan apabila Menteri Dalam Negerinya, pada hari kedua memegang jawatan, merancang untuk terlibat dalam menjalankan siasatan.

“Tanggungjawab Saifuddin adalah untuk memberi arahan dasar kepada badan penyiasat di mana sesuai dan mengawasi keselamatan negara. Ia bukan untuk campur tangan dalam mana-mana penyiasatan khusus,” katanya.

Beliau berkata setiap hari Anwar membuat tuduhan terhadap Muhyiddin dan Saifuddin pula membincangkan siasatan atas kes sama dengan Ketua Polis Negara. 

“Pendek kata, PH tuduh dan kemudian PH siasat tuduhan sendiri. Walaupun ini mungkin biasa di negara-negara seperti Korea Utara, ia adalah menjijikkan di Malaysia yang sepatutnya menjadi negara demokrasi,” katanya. – The Merdeka Times

Author