Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) New Zealand lulus undang-undang larangan seumur hidup pembelian rokok ke atas anak muda

New Zealand meluluskan undang-undang rancangan menghentikan rokok tembakau secara berperingkat semalam, dengan mengenakan larangan seumur hidup ke atas golongan muda membeli rokok.

Wartawan TMT

Published

on

New Zealand lulus undang-undang larangan seumur hidup pembelian rokok ke atas anak muda
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • New Zealand semalam meluluskan undang-undang melarang penjualan tembakau kepada individu yang lahir pada atau selepas 1 Januari 2009.
  • Matlamat mereka ialah menjadikan New Zealand bebas rokok menjelang 2025.
  • Bilangan peruncit yang dibenarkan menjual tembakau juga dikurangkan daripada kira-kira 6,000 kepada 600.
  • “Tiada alasan kukuh untuk membenarkan penjualan produk yang membunuh separuh orang yang menggunakannya,” – Menteri Kesihatan Bersekutu New Zealand, Dr Ayesha Verrall.

New Zealand meluluskan undang-undang rancangan menghentikan rokok tembakau secara berperingkat semalam, dengan mengenakan larangan seumur hidup ke atas golongan muda membeli rokok.

Memetik laporan Now This News, undang-undang itu menyatakan yang tembakau tidak boleh dijual kepada individu yang dilahirkan pada atau selepas 1 Januari 2009.

Ini bermakna umur minimum untuk membeli rokok akan terus meningkat. Secara teorinya, seseorang yang cuba membeli rokok 50 tahun dari sekarang memerlukan pengenalan diri menunjukkan mereka berumur sekurang-kurangnya 63 tahun.

Tetapi pihak berkuasa kesihatan berharap perbuatan merokok akan ‘pupus’ sebelum itu. Matlamat mereka ialah menjadikan New Zealand bebas rokok menjelang 2025.

Undang-undang baharu itu juga mengurangkan bilangan peruncit yang dibenarkan menjual tembakau daripada kira-kira 6,000 kepada 600 dan mengurangkan jumlah nikotin yang dibenarkan dalam tembakau yang dihisap.

“Tiada alasan kukuh untuk membenarkan penjualan produk yang membunuh separuh orang yang menggunakannya,” kata Menteri Kesihatan Bersekutu, Dr Ayesha Verrall di Parlimen.

“Dan saya boleh memberitahu anda yang kita akan menamatkan ini pada masa hadapan, kerana kami meluluskan undang-undang ini,” tambahnya

Mengulas lanjut, Dr Ayesha berkata sistem itu bakal menjimatkan berbilion dolar kerana tidak perlu merawat penyakit yang berpunca daripada rokok, seperti kanser, serangan jantung, strok, dan amputasi. Selain itu, ia akan mewujudkan perubahan generasi dan meninggalkan legasi kesihatan yang lebih baik untuk belia.

Meskipun rang undang-undang itu ditentang parti libertarian ACT dengan alasan ia akan mewujudkan pasaran gelap rokok akibat peniaga tidak boleh menjualnya secara sah, ia tetap mendapat sokongan majoriti penggubal undang-undang.

Undang-undang itu bagaimanapun tidak termasuk rokok elektronik (vape).

Sumber: Now This News

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending