Connect with us

Terkini

Anwar umum 28 menteri kabinet, Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof TPM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencatat sejarah malam ini dengan melantik dua Timbalan Perdana Menteri bagi membantunya mentadbir kerajaan persekutuan diterajui beliau.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Anwar umum 28 menteri kabinet, Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof TPM
Foto: Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencatat sejarah malam ini dengan melantik dua Timbalan Perdana Menteri bagi membantunya mentadbir kerajaan persekutuan diterajui beliau.

Mengisi jawatan itu adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB).

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut memegang jawatan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, manakala Fadilah memegang jawatan Menteri Perladangan dan Komoditi.

Pengumuman itu dibuat Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang menerajui kerajaan gabungan dalam sidang akhbar yang turut disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen tempatan dan platform media sosial malam ini.

Berikut adalah senarai penuh kabinet:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Fadillah Yusof 

Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Mohamad bin Sabu

Menteri Ekonomi: Rafizi Ramli

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming

Menteri Pertahanan: Datuk Seri Mohamad Hassan

Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz 

Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Menteri Sains dan Teknologi: Chang Li Kang

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Nancy Shukri

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Datuk Seri Salahuddin Ayub

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Undang-Undang dan Reformasi Institusi): Datuk Seri Azalina Othman Said

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi Nik Ahmad

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Ewan Benedict

Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Zambry Abdul Kadir

Menteri Pelancongan: Datuk Seri Tiong King Sing

Menteri Komunikasi Digital: Fahmi Fadzil

Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek

Menteri Perpaduan Negara: Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Agama: Datuk Dr Ahmad Naim Mokhtar

Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh

Menteri Sumber Manusia: V.N.Sivakumar

Menteri Kesihatan: Dr Zaliha Mustafa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Sabah dan Sarawak): Armizan Mohd Ali

– The Merdeka Times

Author