Connect with us

Terkini

Tidak suka tekanan dan bersifat autonomi, anak muda pilih jadi ‘influencer’

Sikap kebanyakan generasi muda yang kini lebih gemar menjadi ‘influencer’ atau pempengaruh hingga tidak berminat untuk menyambung pelajaran dijangka membawa implikasi negatif seperti kekurangan tenaga pakar dalam negara.

Wartawan TMT

Published

on

Tidak suka tekanan dan bersifat autonomi, anak muda pilih jadi ‘influencer’
  • Sikap kebanyakan generasi muda lebih gemar jadi ‘influencer’ atau pempengaruh hingga tidak berminat sambung pelajaran dijangka bawa implikasi negatif seperti kekurangan tenaga pakar dalam negara.
  • “Tetapi memang tidak nafikan ramai berminat jadi ‘influencer’ ini memandangkan generasi muda kini lebih suka kerja bersifat fleksibiliti, tidak suka tekanan dan bersifat autonomi,” – Pensyarah Sumber Manusia
  • Minat belajar kalangan generasi muda luntur kerana kekurangan peluang pekerjaan dalam bidang dipelajari mereka ketika ini.
  • Keadaan tersebut menyebabkan pelajar merasa tiada guna belajar kalau tiada faedah seperti tiada kerja sesuai dapat diperoleh.
  • Ini tanggungjawab kerajaan dan pihak perindustrian untuk usahakan penawaran kerja lebih banyak kepada generasi muda.

SHAH ALAM – Sikap kebanyakan generasi muda yang kini lebih gemar menjadi ‘influencer’ atau pempengaruh hingga tidak berminat untuk menyambung pelajaran dijangka membawa implikasi negatif seperti kekurangan tenaga pakar dalam negara.

Menurut Pensyarah Sumber Manusia, Dr Muhammad Aiman Ariffin, kebanyakan institusi pengajian tinggi (IPT) menawarkan program-program yang menjana kemahiran bagi keperluan negara

Ujar beliau, sekiranya ia disia-siakan maka perkara tersebut akan menyebabkan negara bakal menghadapi jurang besar dalam mengetengahkan bakat-bakat penting kepada negara.

“Saya bagi contoh, kalau dia belajar dalam bidang sumber manusia, tiba- tiba dia pilih untuk jadi ‘influencer’, negara dilihat sudah pun kehilangan beberapa bakat, kalau seorang sahaja tidak mengapa, bagaimana pula kalau ramai?

“Tetapi memang saya tidak nafikan ramai yang berminat hendak jadi ‘influencer’ ini memandangkan generasi muda kini lebih suka kepada kerja yang bersifat fleksibiliti, tidak suka kepada tekanan dan bersifat autonomi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sebelum ini pempengaruh media sosial, Syed Umar Sadique Syed Ab Rahman atau dikenali sebagai Marc Sadique berkata, setiap orang perlu memastikan mereka mempunyai ilmu dan kerjaya profesional dalam kehidupan mereka.

Beliau berkata demikian dalam rancangan Kompas Rasuah Busters Edisi Khas PRU15 bertajuk Influencer Mampu Didik Belia yang dihoskan Asmaliza Mansor yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Ahad.

Tambah Muhammad Aiman, minat untuk belajar dalam kalangan generasi muda dilihat luntur kerana kekurangan peluang pekerjaan dalam bidang yang dipelajari mereka ketika ini.

Justeru menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan pelajar merasa tiada gunanya belajar kalau tiada faedah seperti tiada kerja sesuai yang dapat diperoleh.

“Saya kira ini adalah tanggungjawab bersama kerajaan dan pihak perindustrian untuk usahakan penawaran kerja lebih banyak kepada generasi muda ini pada masa akan datang.

“Mereka juga perlu didedahkan tentang fungsi jurusan yang mereka pelajari di mana-mana IPT kepada negara agar minat tentangnya tidak luntur,” tambahnya.

Sumber : Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Syarikat arak sumbang derma, Dong Jiao Zong mahu kerajaan berfikiran terbuka

Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) meminta kerajaan berfikiran terbuka dalam menerima sumbangan sebarang syarikat, termasuk syarikat minuman keras untuk membantu perkembangan pendidikan.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Selagi syarikat terlibat menjalankan perniagaan sah dan (derma) tanpa sebarang syarat sampingan, masyarakat sepatutnya menyambut baik sumbangan sosial syarikat, membantu perkembangan sekolah vernakular.
  • “Kerajaan juga seharusnya bersikap terbuka serta menggalakkan syarikat untuk berbakti kepada masyarakat,” kata Dong Jiao Zong menerusi kenyataan berbahasa Mandarin disiarkan di laman webnya pada Isnin.
  • Difahamkan, Dong Jiao Zong berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar yang sebelum ini mengkritik konsert amal dianjurkan di SJK (C) Tche Min di Sungai Pelek, Sepang kerana dicemari dengan penajaan syarikat gergasi minuman keras yang didakwa beliau secara terang-terangan sedang menormalisasi arak di sekolah. 
  • KPM juga mengambil perhatian serius isu berkenaan penganjuran program amal itu dan mengatakan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.
  • “Kami berpendapat Kementerian Pendidikan perlu memberikan penjelasan yang jelas mengenai perkara ini bagi mengelakkan halangan kepada pengumpulan dana sekolah rendah Cina,” kata Dong Jiao Zong.

KUALA LUMPUR — Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) meminta kerajaan berfikiran terbuka dalam menerima sumbangan sebarang syarikat, termasuk syarikat minuman keras untuk membantu perkembangan pendidikan.

Dong Jiao Zong berkata selagi syarikat terbabit menjalankan perniagaan sah dan menyalurkan sumbangan atau derma tanpa sebarang syarat sampingan, masyarakat sepatutnya menyambut baik sumbangan sosial syarikat itu dan membantu perkembangan sekolah vernakular.

“Sokongan masyarakat terhadap perkembangan pendidikan dan syarikat memainkan tanggungjawab sosial mereka akan menjadikan pengumpulan sumber lebih efektif. 

“Selagi syarikat terlibat menjalankan perniagaan sah dan (derma) tanpa sebarang syarat sampingan, masyarakat sepatutnya menyambut baik sumbangan sosial syarikat, membantu perkembangan sekolah vernakular.

“Kerajaan juga seharusnya bersikap terbuka serta menggalakkan syarikat untuk berbakti kepada masyarakat,” kata Dong Jiao Zong menerusi kenyataan berbahasa Mandarin disiarkan di laman webnya pada Isnin.

Difahamkan, Dong Jiao Zong berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar yang sebelum ini mengkritik konsert amal dianjurkan di SJK (C) Tche Min di Sungai Pelek, Sepang kerana dicemari dengan penajaan syarikat gergasi minuman keras yang didakwa beliau secara terang-terangan sedang menormalisasi arak di sekolah.

Foto: Tangkap layar hantaran Ketua Pemuda PAS Selangor di Facebooknya.

Isu itu juga mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menjelaskan sumbangan melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah dilarang.

KPM berkata larangan itu adalah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018, justeru pentadbir di institusi pendidikan KPM diingatkan supaya mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.

KPM juga mengambil perhatian serius isu berkenaan penganjuran program amal itu dan mengatakan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.

Mengulas kenyataan KPM, Dong Jiao Zong mengingatkan pihak berkuasa untuk mengekalkan penilaian profesional dan rasional serta tidak terpengaruh dengan bahasa politik. 

“Kami berpendapat Kementerian Pendidikan perlu memberikan penjelasan yang jelas mengenai perkara ini bagi mengelakkan halangan kepada pengumpulan dana sekolah rendah Cina.

“Perlu diketahui, sekolah Cina telah lama menghadapi masalah seperti bangunan yang uzur, kekurangan infrastruktur dan dana yang tidak mencukupi. 

“Selama 30 tahun lalu, syarikat alkohol TIGER bersama-sama individu prihatin telah aktif mengumpul dana untuk sekolah Cina, dengan berjaya mengumpul ratusan juta ringgit untuk beratus-ratus sekolah Cina di seluruh negara. 

“Sumbangan ini yang menguntungkan ramai pelajar sepatutnya dipuji, namun kini telah diputarbelitkan dengan tujuan mencetuskan konflik perkauman, merosakkan keharmonian masyarakat,” kata kumpulan pendidikan Cina itu. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending