Connect with us

Antarabangsa

Lima mantan menteri Eropah label Israel negara aparteid

Sekumpulan lima orang bekas menteri Eropah mengakui bahawa dasar dan amalan rejim haram Israel terhadap rakyat Palestin adalah sama dengan jenayah aparteid, lapor sebuah agensi berita Timur Tengah.

Wartawan TMT

Published

on

Lima mantan menteri Eropah label Israel negara aparteid
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kami lihat tiada alternatif lain selain akui dasar dan amalan rejim haram aparteid Israel terhadap rakyat Palestin yang tinggal di Tebing Barat, Baitulmuqaddis Timur dan Gaza jenayah aparteid.”
  • Masyarakat antarabangsa terlalu berdiam diri dan gagal bertindak berhubung pelanggaran undang-undang antarabangsa serta penderaan serius merujuk pendudukan rejim haram tersebut di tanah Palestin.
  • “Standard dan komitmen melindungi penduduk awam Ukraine dan menuntut kebertanggungjawaban Rusia ke atas pelanggaran undang-undang antarabangsa haruslah diguna secara global, termasuk konflik Israel-Palestin.”

EROPAH, 02 November 2022 – Sekumpulan lima orang bekas menteri Eropah mengakui bahawa dasar dan amalan rejim haram Israel terhadap rakyat Palestin adalah sama dengan jenayah aparteid, lapor sebuah agensi berita Timur Tengah.

“Kita mesti mengakui bahawa dasar Israel terhadap rakyat Palestin sama dengan jenayah aparteid,” menurut kumpulan bekas menteri itu dalam surat yang diterbitkan dalam akhbar harian Le Monde.

Bekas menteri tersebut terdiri daripada Ahli Politik Denmark, Mogens Lykketoft; Ahli Politik Finland, Erkki Sakari Tuomioja; Ahli Parlimen Slovenia, Ivo Vajgl; Ahli Politik Sosialis Perancis dan Ahli Dewan Pertuanan British, Baroness Sayeeda Hussain Warsi.

“Kami lihat tiada alternatif lain selain mengakui bahawa dasar dan amalan rejim haram aparteid Israel terhadap rakyat Palestin yang tinggal di Tebing Barat, Baitulmuqaddis Timur dan Gaza sama dengan jenayah aparteid,” tegas surat tersebut.

Kumpulan itu turut berkata masyarakat antarabangsa terlalu berdiam diri dan gagal bertindak berhubung pelanggaran undang-undang antarabangsa serta penderaan serius yang merujuk kepada pendudukan rejim haram tersebut di tanah Palestin.

Jelasnya lagi, “Standard dan komitmen dalam melindungi penduduk awam Ukraine dan menuntut kebertanggungjawaban Rusia ke atas pelanggaran undang-undang antarabangsa haruslah digunakan secara global, termasuk konflik Israel-Palestin.”

Sebelum ini, sebuah laporan dikeluarkan oleh pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyatakan bahawa kerajaan rejim haram aparteid Israel telah menganiaya rakyat Palestin.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kenyataannya sebelum ini mengatakan bahawa dasar aparteid Israel perlu dihapuskan serta merta.

“Aparteid adalah satu jenayah. Perlakuan ganas dan diskriminatif Israel ke atas warga Palestin memenuhi seluruh ciri aparteid yang melanggari undang-undang antarabangsa.”

Sumber : Samudera.my

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending