Antarabangsa
[VIDEO] Pengkaji sejarah dedah Israel guna senjata biologi dan racun sewaktu pembersihan etnik Palestin 1947/48
Butiran mengenai penggunaan rahsia senjata biologi dan racun oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin semasa kempen pembersihan etnik 1947/48 didedahkan dalam artikel ditulis ahli sejarah, Benny Morris dan Benjamin Kedar baru-baru ini.
- Artikel ditulis Benny Morris dan Benjamin Kedar mendedahkan taktik Israel melemahkan warga Palestin.
- Artikel yang dianggap luar biasa itu kerana diterbitkan menentang kehendak pertubuhan keselamatan Israel.
- Israel meracuni sumber air penduduk kampung dengan kuman wabak kepialu.
- Rejim Israel dikatakan menggunakan kaedah sama untuk beberapa kali.
Butiran mengenai penggunaan rahsia senjata biologi dan racun oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin semasa kempen pembersihan etnik 1947/48 didedahkan dalam artikel ditulis ahli sejarah, Benny Morris dan Benjamin Kedar baru-baru ini.
Artikel bertajuk – ‘Cast Thy Bread’: Israeli Biological Warfare during the 1948 War” diterbitkan Middle Eastern Studies. Artikel itu dianggap luar biasa kerana ia dikaji dan diterbitkan menentang kehendak pertubuhan keselamatan Israel, yang selama bertahun-tahun cuba menyembunyikan sebarang dokumen sejarah yang mendedahkan jenayah perang terhadap orang Arab, seperti pembunuhan tawanan, pembersihan etnik dan pemusnahan kampung.
Artikel itu menjelaskan secara terperinci bagaimana saintis dari Scientific Corps, bekerjasama dengan unit medan perang, meracuni telaga air dan menyebarkan kuman wabak kepialu di kampung dan bandar Arab serta dalam kalangan tentera Mesir dan Jordan.
Middle East Monitor dalam laporannya berkata, ia bertujuan menakutkan penduduk Arab-Palestin, memaksa mereka beredar dan melemahkan tentera Arab.
Penggunaan perang biologi didakwa diluluskan pengasas negara haram Israel dan Perdana Menteri pertamanya, David Ben-Gurion.
Antara contoh penggunaan racun yang disebut dalam artikel itu ialah penyebaran kuman wabak kepialu yang dihantar dalam botol ke bahagian hadapan selatan.
Morris dan Kedar turut menjelaskan mengenai tentera Israel yang dihantar membawa racun ke Acre dan kampung Ilabun di Galilea.
Menurut dokumen British, Arab dan Palang Merah, puluhan penduduk tempatan Acre telah diracun dan jatuh sakit teruk.
Sejumlah daripada mereka akhirnya terkorban.
Kaedah sama juga dikatakan digunakan di Gaza pada Mei 1948, seminggu selepas Israel mengisytiharkan kemerdekaannya.
Dua tentera Yahudi dari unit pasukan khas menyamar sebagai orang Arab dan menyusup ke Gaza membawa tiub yang mengandungi kuman wabak kepialu.
Misi mereka adalah untuk meracuni bekalan air tempatan demi menghalang tentera Mesir dari terus mara.
Bagaimanapun kedua-duanya ditangkap dan diseksa, kemudiannya dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah tentera Mesir pada Ogos 1948.
Sumber: Middle East Monitor
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini3 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina