Connect with us

Terkini

Tommy Thomas saman Pasukan Petugas Khas, kerajaan

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas memfailkan saman pemula terhadap Pasukan Petugas Khas dan kerajaan dengan mendakwa laporan siasatan berhubung kandungan memoirnya bertajuk ‘My Story: Justice In the Wilderness’ adalah tidak sah dan melanggar undang-undang.

Wartawan TMT

Published

on

Tommy Thomas saman Pasukan Petugas Khas, kerajaan
Foto: Tommy Thomas, sumber Sinar Harian.
  • Tan Sri Tommy Thomas memfailkan saman pemula terhadap Pasukan Petugas Khas dan kerajaan dengan mendakwa laporan siasatan berhubung kandungan memoirnya.
  • Beliau memfailkan saman itu pada Khamis melalui firma guamannya, Tetuan Tommy Thomas
  • Beliau juga memohon deklarasi bahawa penerbitan laporan itu oleh kerajaan melanggar haknya terhadap reputasinya seperti yang dilindungi oleh Perkara 5(1) dan 13(1) Perlembagaan Persekutuan.

KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas memfailkan saman pemula terhadap Pasukan Petugas Khas dan kerajaan dengan mendakwa laporan siasatan berhubung kandungan memoirnya bertajuk ‘My Story: Justice In the Wilderness’ adalah tidak sah dan melanggar undang-undang.

Thomas, bekas Peguam Negara antara Jun 2018 hingga Februari 2020, memfailkan saman itu pada Khamis melalui firma guamannya, Tetuan Tommy Thomas, dengan menamakan Pengerusi Pasukan Petugas Khas, Datuk Seri Fong Joo Chung, enam ahli pasukan itu dan kerajaan sebagai defendan.

Selain Fong, ahli pasukan petugas itu adalah Datuk Seri Panglima Hashim Paijan, Datuk Dr Junaidah Kamaruddin, Datuk Jagjit Singh Bant Singh, Datuk Shaharudin Ali, K. Balaguru,Farah Adura Hamidi dan Mohd Najib Surip.

Thomas memohon perisytiharan bahawa laporan bertajuk ‘Laporan Pasukan Petugas Khas – Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk “My Story: Justice In The Wilderness’ adalah dokumen tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang.

Dalam saman pemula itu, beliau berkata, penerbitan laporan itu melanggar Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan dan/atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau juga memohon deklarasi bahawa penerbitan laporan itu oleh kerajaan melanggar haknya terhadap reputasinya seperti yang dilindungi oleh Perkara 5(1) dan 13(1) Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Thomas dalam afidavit sokongannya, mendakwa bahawa laporan itu diterbitkan dengan niat untuk merosakkan reputasinya, mengandungi dakwaan palsu dan tidak berasas dan diterbitkan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut dan menganggunya.

Mervyn Lai, yang menganggotai pasukan peguam Thomas, ketika dihubungi, berkata saman pemula itu sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara petang ini.

Buku tulisan bekas peguam itu diterbitkan pada Januari 2021 dengan pelbagai kontroversi menyebabkan Kabinet pada 8 OKt 2021 menubuhkan pasukan petugas khas itu untuk menjalankan kajian awalan ke atas pendedahan terkandung dalam buku tersebut.

Pada 13 Oktober lalu, kerajaan menyahklasifikasi laporan pasukan petugas khas itu, antara lain mengesyorkan supaya Thomas disiasat atas kemungkinan pelbagai kesalahan.- Bernama.

Sumber: Sinar Harian 

 

Author

Terkini

Kandungan provokatif di media sosial meningkat ketara – MCMC

Sebanyak 35,490 kandungan provokatif telah diturunkan pada 2023, manakala 27,115 kandungan diturunkan bagi dua bulan pertama tahun ini, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 35,490 kandungan provokatif diturunkan pada 2023, manakala 27,115 kandungan diturunkan bagi dua bulan pertama tahun ini, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
  • “Sejumlah 2,004 kandungan melibatkan ucapan berbaur kebencian dan menyentuh aspek 3R (raja, agama dan kaum) yang berpotensi mencetuskan keganasan dan diskriminasi telah diturunkan sejak Januari 2023 hingga kini. Sementara, sejumlah 479 kandungan provokasi dan 3R telah diturunkan sejak 13 Mac hingga kini,” menurut kenyataan MCMC hari ini.
  • MCMC memaklumkan kandungan memudaratkan termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu dan ia mengundang ancaman signifikan kepada fabrik sosial dan institusi di Malaysia.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 35,490 kandungan provokatif telah diturunkan pada 2023, manakala 27,115 kandungan diturunkan bagi dua bulan pertama tahun ini, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan terdapat peningkatan ketara kandungan memudaratkan di media sosial dan platform Over The Top (OTT).

“Sejumlah 2,004 kandungan melibatkan ucapan berbaur kebencian dan menyentuh aspek 3R (raja, agama dan kaum) yang berpotensi mencetuskan keganasan dan diskriminasi telah diturunkan sejak Januari 2023 hingga kini. Sementara, sejumlah 479 kandungan provokasi dan 3R telah diturunkan sejak 13 Mac hingga kini,” menurut kenyataan itu.

MCMC memaklumkan kandungan memudaratkan termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu dan ia mengundang ancaman signifikan kepada fabrik sosial dan institusi di Malaysia.

“Sebarang perkongsian kandungan bersifat jelik dan mengancam merupakan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali, menurut MCMC.

Menurut MCMC, pihaknya tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan sebarang penyebaran kandungan provokatif yang melampau di media sosial.

MCMC mengingatkan semua pihak supaya menghentikan hantaran provokasi dan elak daripada menulis komen-komen yang bersifat provokatif dan 3R di media sosial. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending