Connect with us

Antarabangsa

Kritik tindakan guru tarik hijab murid, pemenang Olimpik AS disaman

Pemenang pingat Olimpik dari Amerika Syarikat (AS) dalam acara lawan pedang, Ibtihaj Muhammad disaman seorang guru kerana didakwa memfitnah guru terbabit melalui hantaran media sosial berhubung dakwaan guru terbabit menarik hijab seorang pelajarnya, demikian lapor Middle East Eye. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kritik tindakan guru tarik hijab murid, pemenang Olimpik AS disaman
Foto: Ibtihaj Muhammad.
  • Pemenang pingat Olimpik dari Amerika Syarikat (AS), Ibtihaj Muhammad disaman seorang guru kerana didakwa memfitnah guru terbabit menarik tudung pelajarnya. 
  • Guru itu, Tamar Herman didakwa menarik tudung pelajarnya kebelakang sambil menyentuh muka dan rambutnya, sekali gus mendedahkan rambut pelajar itu di dalam kelas.
  • Ibu kepada pelajar itu menulis dakwaan itu di Facebook dan mendorong Ibtihaj mengkritik tindakan itu sebagai Islamofobia menerusi hantarannya di Instagram.

Pemenang pingat Olimpik dari Amerika Syarikat (AS) dalam acara lawan pedang, Ibtihaj Muhammad disaman seorang guru kerana didakwa memfitnah guru terbabit melalui hantaran media sosial berhubung dakwaan guru terbabit menarik hijab seorang pelajarnya, demikian lapor Middle East Eye. 

Insiden itu berlaku pada Oktober 2021, apabila kanak-kanak berusia tujuh tahun terbabit memberitahu ibunya bahawa gurunya, Tamar Herman menarik tudungnya kebelakang sambil menyentuh muka dan rambutnya, sekali gus mendedahkan rambut pelajar itu di dalam kelasnya.

Ibu kepada pelajar itu kemudiannya menulis dakwaan itu di Facebook dan mendorong Ibtihaj mengkritik tindakan itu sebagai Islamofobia menerusi hantarannya di Instagram yang menjadi tular.

Bagaimanapun, selepas tular, hantaran Instagram Ibtihaj telah dipadamkan.  

Menurut Herman yang juga seorang guru sekolah di New Jersey, dia diarah menjalani cuti pentadbiran, terpaksa berpindah dari rumahnya selepas didakwa dipulaukan komunitinya dan memerlukan perlindungan polis ekoran hantaran media sosial Ibtihaj, demikian menurut tuntutan mahkamah yang dibacakan. 

Tuntutan itu juga mendakwa bahawa Ibtihaj “secara sedar, berniat jahat dan sengaja” menyiarkan kenyataan palsu dan berbahaya mengenai  Herman.

Sumber: Middle East Eye

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *