Connect with us

Komuniti

Bajet 2023: Mat Kilau dorong kerajaan sedia RM50 juta bagi terbit filem patriotik

Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi Dana Penerbitan Filem Kenegaraan atau DEKAN bagi memacu industri kreatif tempatan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bajet 2023: Mat Kilau dorong kerajaan sedia RM50 juta bagi terbit filem patriotik
Foto: Filem Mat Kilau.
  • Kerajaan sedia peruntukan RM50 juta bagi Dana Penerbitan Filem Kenegaraan atau DEKAN bagi memacu industri kreatif tempatan.
  • Menteri Kewangan yakin kejayaan filem Mat Kilau berjaya peroleh kutipan tertinggi dalam sejarah negara pasti mendorong lebih ramai pengkarya terbitkan filem berunsur patriotik.
  • Dana Kandungan Digital berjumlah RM102 juta disediakan bagi memasarkan produk penggiat seni dan galak penghasilan lebih banyak karya kreatif dan malar segar. 
  • “Kerajaan juga bersetuju mengecualikan duti import dan cukai jualan ke atas peralatan studio dan produksi penggambaran,” – Tengku Zafrul.

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi Dana Penerbitan Filem Kenegaraan atau DEKAN bagi memacu industri kreatif tempatan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, beliau yakin kejayaan filem Mat Kilau yang berjaya memperoleh kutipan tertinggi dalam sejarah negara pasti mendorong lebih ramai pengkarya untuk menerbitkan filem berunsur patriotik.

“Kerajaan juga menyediakan Dana Kandungan Digital berjumlah RM102 juta bagi memasarkan produk penggiat seni dan menggalakan penghasilan lebih banyak karya kreatif dan malar segar,” ketika membentangkan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Zafrul berkata, bagi menyokong penggiat industri mencipta kandungan kreatif berkualiti tinggi, sumbangan kepada Tabung Komuniti Filem dan Pembangunan Filem Kenegaraan di bawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan diberi potongan cukai.

“Kerajaan juga bersetuju untuk mengecualikan duti import dan cukai jualan ke atas peralatan studio dan produksi penggambaran,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *