Connect with us

Terkini

“Ujian HIV pra-perkahwinan elak mudarat lebih besar, bukan pembaziran” – JAKIM

JAKIM menegaskan inisiatif tersebut bukan suatu pembaziran sebaliknya ia membantu bakal pengantin membuat pengesanan awal, sekaligus memberikan ruang untuk mereka membuat pilihan sama ada mahu meneruskan perkahwinan ataupun sebaliknya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

“Ujian HIV pra-perkahwinan elak mudarat lebih besar, bukan pembaziran” - JAKIM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Bantu bakal pengantin buat pengesanan awal, sekaligus beri ruang sama ada mereka mahu meneruskan perkahwinan ataupun sebaliknya.
  • Inisiatif tersebut tidak jadi penghalang pasangan meneruskan perkahwinan setelah mengetahui status ujian HIV masing-masing. 
  • Kurangkan jumlah kes perceraian kerana ia bertepatan kaedah hukum Islam Sad al-Zaraie iaitu menutup ruang kemudaratan sebelum ianya berlaku.
  • Pasangan bakal mendirikan rumahtangga perlu jalani  ujian saringan HIV bagi mengelakkan mudarat lebih besar kepada pasangan dan keturunan mereka.

KUALA LUMPUR – Susulan dakwaan ujian saringan HIV pra-perkahwinan dijalankan di Malaysia satu pembaziran dana kesihatan awam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan inisiatif tersebut bukan suatu pembaziran sebaliknya ia membantu bakal pengantin membuat pengesanan awal, sekaligus memberikan ruang untuk mereka membuat pilihan sama ada mahu meneruskan perkahwinan ataupun sebaliknya.

JAKIM menjelaskan bahawa, inisiatif tersebut tidak akan menjadi penghalang untuk pasangan meneruskan perkahwinan setelah mengetahui status ujian HIV masing-masing. 

Malah, inisiatif tersebut sebenarnya turut dapat mengurangkan jumlah kes perceraian dalam kalangan masyarakat berikutan ia bertepatan dengan kaedah hukum Islam Sad al-Zaraie iaitu menutup ruang kemudaratan sebelum ianya berlaku.

JAKIM mengeluarkan kenyataan tersebut bagi membidas dakwaan Prof Dr Adeeba Kamarulzaman yang mengatakan ujian saringan HIV pra-perkahwinan mandatori dijalankan di Malaysia satu pembaziran dana kesihatan awam sebaliknya usaha hapuskan HIV perlu ditumpukan kepada golongan berisiko seperti pekerja seks, MSM dan individu yang menyuntik dadah (PWID).

Mengulas lanjut, JAKIM berkata pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga perlu menjalani  ujian saringan HIV sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar kepada pasangan dan keturunan mereka. 

Menurut JAKIM, ia bertepatan dengan konsep Maqasid Syariah iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

“Kemudaratan lebih besar mungkin berlaku sekiranya pasangan yang berkahwin tanpa mengetahui status HIV pasangan dan sekaligus menyebabkan risiko jangkitan kepada pasangan dan tentunya membawa kepada keadaan di mana mereka terpaksa mengeluarkan wang untuk kos perubatan pula.”

Di samping itu, pihak JAKIM turut menyatakan bahawa  manual “Islam dan HIV / AIDS” yang diterbitkan oleh JAKIM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, telah digunakan sebagai rujukan utama dalam memberikan pemahaman yang sahih bagi menangani stigma dalam kalangan masyarakat terhadap HIV. –  The Merdeka Times.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *