Connect with us

Terkini

Ramalan banjir besar November ini – MetMalaysia

Ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai bencana banjir besar yang dijangka melanda beberapa negeri pada November ini telah diterima baik oleh semua pihak baik kerajaan atau rakyat termasuk Kementerian Kerja Raya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ramalan banjir besar November ini - MetMalaysia
  • Ramalan MetMalaysia menjangkakan banjir besar akan melanda beberapa negeri Semenanjung menjelang November ini.
  • Kementerian Kerja Raya (KKR) juga bersiap sedia menghadapi bencana besar susulan ramalan MetMalaysia.
  • Mesyuarat antara agensi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan wakil-wakil setiap negeri akan berlangsung hari ini bagi membincangkan persiapan menghadapi banjir besar ini.

KUALA LUMPUR – Ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai bencana banjir besar yang dijangka melanda beberapa negeri pada November ini telah diterima baik oleh semua pihak baik kerajaan atau rakyat termasuk Kementerian Kerja Raya.

Tidak sampai 2 bulan lagi menjelang November, maka semua persiapan menghadapi banjir telah tersedia. Kementerian Kerja Raya juga turut memastikan semua infrastruktur awam seperti jalan raya dan jambatan selamat digunakan agensi kerajaan dan orang awam pada waktu kecemasan.

Selain itu, KKR akan menyediakan kenderaan kepada pasukan penyelamat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad menyatakan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Nasional yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Sabri Yaakob akan dilakukan hari ini dan akan disertai wakil setiap negeri bagi membincangkan persiapan awal menghadapi bencana itu.

Pihaknya juga sedang menambah jumlah aset dan logistik untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi persediaan awal menangani bencana dan isu kecemasan.

NADMA juga mempunyai 50,000 sukarelawan peringkat komuniti yang terlatih bagi menghadapi bencana dan kecemasan.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *