Connect with us

Terkini

‘Patuh atau keluar parti’, realiti politik DAP sekarang – Ronnie Liu

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu berkata langkah DAP meminda perlembagaan yang membolehkan mana-mana wakil rakyatnya dipecat kerana tidak menurut perintah kepimpinan disifatkan sebagai tidak demokratik.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

‘Patuh atau keluar parti’, realiti politik DAP sekarang - Ronnie Liu
Foto: Ronnie Liu dan Anthony Loke.
  • Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu berkata langkah DAP meminda perlembagaan membolehkan wakil rakyatnya dipecat kerana tidak menurut perintah kepimpinan disifatkan sebagai tidak demokratik.
  • “Sekiranya dulu parti ada fasal seperti ini, beberapa isu yang saya bangkitkan boleh menyebabkan saya dipecat sebagai ahli, misalnya kritikan terhadap Dr Mahathir Mohamad (semasa menjadi perdana menteri Pakatan Harapan), Lynas, Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), tangkapan berkaitan Harimau Pembebasan Tamil Eelam, dan serahan kuasa kepada Anwar Ibrahim (presiden PKR).”
  • CEC berhak keluarkan perintah menyasarkan mana-mana wakil rakyat atau kesemuanya bahkan jika arahan dikeluarkan ia tidak semestinya secara bertulis.
  • “Air boleh mengapungkan bot atau membuat bot terbalik. Tuhan selamatkan DAP,” – beliau membidas kenyataan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook yang menyeru ahli parti mengamalkan pendekatan lebih strategik dan fleksibel bagi menghadapi PRU15 dengan menyamakan ia dengan sifat air.

KUALA LUMPUR –  Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu berkata langkah DAP meminda perlembagaan yang membolehkan mana-mana wakil rakyatnya dipecat kerana tidak menurut perintah kepimpinan disifatkan sebagai tidak demokratik.

Ronnie menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, berkata, Ironinya, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sahaja yang boleh menyelamatkan parti daripada menjadi entiti yang tidak demokratik.”

“Patuhi perintah kepimpinan atau keluar. Itulah realiti politik sekarang.”

“Ahli seperti saya akan serta-merta menjadi pihak yang terkilan,” katanya yang turut menambah bahawa beliau boleh “mati” sekiranya sebelum ini DAP mempunyai fasal seperti ini, merujuk kepada beberapa tindakannya terdahulu.

“Sekiranya dulu parti ada fasal seperti ini, beberapa isu yang saya bangkitkan boleh menyebabkan saya dipecat sebagai ahli, misalnya kritikan terhadap Dr Mahathir Mohamad (semasa menjadi perdana menteri Pakatan Harapan), Lynas, Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), tangkapan berkaitan Harimau Pembebasan Tamil Eelam, dan serahan kuasa kepada Anwar Ibrahim (presiden PKR).”

Pada masa sama, Ronnie mengatakan CEC berhak mengeluarkan perintah menyasarkan mana-mana wakil rakyat atau kesemuanya bahkan jika arahan itu dikeluarkan ia tidak semestinya secara bertulis.

Pada Ahad, Kongres Khas DAP 2022 meluluskan pindaan perlembagaan yang melarang wakil rakyatnya melompat parti seiring pelulusan Rang Undang-Undang Antilompat Parti oleh Parlimen. Menurut, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook pindaan itu, turut merangkumi Ahli Parlimen yang dipecat kerana melanggar arahan dan dasar parti.

Dalam pada itu, Ronnie turut mengulas berkenaan kenyataan Setiausaha Agung DAP itu yang sebelum ini menyeru agar ahli parti mengamalkan pendekatan lebih strategik dan fleksibel bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15. Beliau turut mengaitkan situasi tersebut seperti sifat air.

Katanya, “Ketua parti boleh memahami maksud sebenar air tetapi tidak secara sepenuhnya. Dia boleh memahami hanya satu bahagian daripada ciri-ciri air iaitu fleksibiliti.”

Menurutnya, Anthony salah dalam memetik petikan tentang air iaitu dengan menyifatkan air mengalir ke dalam cawan akan berubah menjadi cawan.

“Tidak! Air itu kekal sebagai air dalam cawan. Air tidak boleh menjadi cawan.

Fikiran anda, air sentiasa adil untuk semua. Air sentiasa mencari parasnya sebelum ia berhenti mengalir.

Air boleh mengapungkan bot atau membuat bot terbalik. Tuhan selamatkan DAP,” katanya yang turut menambah bahawa fleksibiliti tanpa prinsip, ideologi dan misi bukanlah jalan ke hadapan.

Sumber : Facebook Ronnie Liu Tian Khiew

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *