Connect with us

Terkini

Jauhi rasuah, kembali bersujud kepada Allah

Pemimpin di negara ini perlu kembali bersujud kepada ALLAH SWT untuk memastikan tidak terjebak dengan perbuatan tidak bermoral termasuk mengamalkan rasuah.

Wartawan TMT

Published

on

Jauhi rasuah, kembali bersujud kepada Allah
Foto: Pendakwah, Mohamad Zarifi Mohamad Daud.
  • Pemimpin negara ini perlu kembali bersujud kepad Allah SWT agar tidak terjebak dengan perbuatan tidak bermoral termasuk rasuah.
  • Pemimpin tidak boleh sombong dan ego kerana jawatan adalah amanah rakyat yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin, kata pendakwah Mohd Zarifi Mohamad Daud.
  • “Dalam surah Al-Sajdah ayat ke-15 dan ke-16, ALLAH SWT memberikan solusi kepada kita bagaimana untuk mengatasi kesombongan dan keegoan iaitu dengan memperbanyakkan sujud kepada ALLAH.
  • Makin tinggi jawatan dan kedudukan makin banyak bersolat dan sujud kepada Allah.
  • Jika rakyat atau pemimpin faham tentang makna solat, mereka tentu tidak sentuh perkara haram.

SHAH ALAM – Pemimpin di negara ini perlu kembali bersujud kepada ALLAH SWT untuk memastikan tidak terjebak dengan perbuatan tidak bermoral termasuk mengamalkan rasuah.

Pendakwah, Mohamad Zarifi Mohamad Daud berkata, pemimpin juga tidak boleh sombong dan ego kerana jawatan yang diperoleh itu adalah amanah rakyat yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

“Sebagai pemimpin jangan kita sombong. Jawatan dan kedudukan yang kita dapat itu merupakan satu perkara tanggung di dunia dan jawab di hari akhirat nanti.

“Dalam surah Al-Sajdah ayat ke-15 dan ke-16, ALLAH SWT memberikan solusi kepada kita bagaimana untuk mengatasi kesombongan dan keegoan iaitu dengan memperbanyakkan sujud kepada ALLAH.

“Wahai pemimpin, makin tinggi jawatan dan kedudukan, kena makin banyak bersolat dan makin sujud kepada ALLAH. Apabila kita sujud kepada ALLAH baru kita faham, kita ini hamba dan apa yang ada di tubuh ini adalah pinjaman semata.

“Pemimpin juga perlu menunaikan tanggungjawab mereka berkhidmat kepada orang di bawah, kalau tidak berkhidmat apatah lagi memakan rasuah dan harta yang haram ia adalah satu dosa. Dalam riwayat kata, orang beri rasuah dan terima rasuah duduk dalam neraka,” katanya dalam program Kompas Rasuah Busters ‘Merdekakan Aku’ bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Menurutnya, agenda utama yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak dan juga pemimpin di negara ini adalah membawa semula adab Islam dan nilai ketimuran dalam masyarakat.

Advertisement

“Kita sedih dengan pelbagai masalah yang timbul dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Sebab itu kita perlu memulakan agenda pendidikan ini di masjid dan surau.

“Jika rakyat atau pemimpin faham tentang makna solat, mereka sudah tentu tidak sentuh perkara haram. Dalam masa sama, pemimpin perlu mainkan peranan solat berjemaah dengan rakyat setiap masa.

“Agenda solat dalam kalangan rakyat ini akan memberikan kekuatan kepada masyarakat. Sebab itu ALLAH sebut solat itu dapat mencegah diri kita daripada kemungkaran,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Author

Advertisement

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending