Antarabangsa
Enggan panggil nama pilihan pelajar transgender, Guru di Kansas menang kes mahkamah terima bayaran penyelesaian RM426,786
Seorang guru di Kansas yang enggan memanggil pelajar transgender atau bukan binari dengan nama atau ganti nama pilihan pelajar terbabit ekoran faktor agama yang menghalangnya berbuat demikian, dibayar USD95,000 (RM426,768) dalam penyelesaian di luar mahkamah yang memihak kepada guru terbabit.

- Seorang guru di Kansas yang enggan memanggil pelajar transgender dengan nama atau ganti nama pilihan pelajar terbabit ekoran faktor agama menghalangnya berbuat demikian, dibayar USD95,000 (RM426,768) dalam penyelesaian di luar mahkamah yang memihak kepada guru terbabit.
- Guru matematik di Sekolah Menengah Fort Riley, Pamela Ricard sebelum ini digantung tugas kerana melanggar Dasar Kepelbagaian dan Inklusif Sekolah Daerah Geary yang menetapkan pendidik merujuk pelajar mengikut nama atau kata ganti nama pilihan (kecenderungan) mereka.
- Pamela enggan memanggil nama atau kata ganti nama pilihan pelajar transgender (dan bukan binari) atas sebab ia melanggar kepercayaan agamanya.
- “Tiada pejabat pendidikan daerah yang boleh memaksa guru dengan sengaja menipu ibu bapa atau terlibat dalam sebarang ucapan yang melanggar pegangan kepercayaan agama mereka,” kata Pengarah Pusat Kebebasan Akademik dari ‘Alliance Defending Freedom’, Tyson Langhofer.
Seorang guru di Kansas yang enggan memanggil pelajar transgender atau bukan binari dengan nama atau ganti nama pilihan pelajar terbabit ekoran faktor agama yang menghalangnya berbuat demikian, dibayar USD95,000 (RM426,768) dalam penyelesaian di luar mahkamah yang memihak kepada guru terbabit.
Penyelesaian kes membabitkan pihak berkuasa pendidikan daerah itu dimaklumkan peguambela guru terbabit.
Guru matematik di Sekolah Menengah Fort Riley, Pamela Ricard sebelum ini digantung tugas kerana melanggar Dasar Kepelbagaian dan Inklusif Sekolah Daerah Geary yang menetapkan pendidik merujuk pelajar mengikut nama atau kata ganti nama pilihan (kecenderungan) mereka.
Pamela enggan memanggil nama atau kata ganti nama pilihan pelajar transgender (dan bukan binari) atas sebab ia melanggar kepercayaan agamanya.
Mei lalu, Mahkamah Daerah Kansas membenarkan tuntutan Pamela diteruskan dan mendapati “beliau berkemungkinan menang berdasarkan Pindaan Pertama (Perlembagaan AS) atas dasar tuntutan kebebasan beragama dan mahkamah membenarkan tuntutannya menghalang penguatkuasaan dasar komunikasi ibu bapa di daerah terbabit,” kata kenyataan itu.
Berdasarkan penyelesaian yang dicapai itu, kes terbabit ditolak pihak mahkamah, kata wakil Pamela, ‘Alliance Defending Freedom’ dan ‘Kriegshauser Ney Law Group’.
“Tiada pejabat pendidikan daerah yang boleh memaksa guru dengan sengaja menipu ibu bapa atau terlibat dalam sebarang ucapan yang melanggar pegangan kepercayaan agama mereka,” kata Pengarah Pusat Kebebasan Akademik dari ‘Alliance Defending Freedom’, Tyson Langhofer.
“Kami berbesar hati untuk menyelesaikan kes ini dengan baik bagi pihak Pamela dan kami berharap ia akan menggalakkan pihak berkuasa pendidikan daerah di seluruh negara untuk menyokong kebebasan guru yang dilindungi Perlembagaan untuk mengajar dan berkomunikasi secara jujur kepada kanak-kanak dan ibu bapa,” katanya.
Jurucakap Pihak Berkuasa Sekolah-Sekolah Daerah Geary mengesahkan penyelesaian yang dicapai itu dan enggan mengulas lanjut.
Sumber: CNN
