Connect with us

Antarabangsa

Demi rai pelajar transgender, guru dihalang guna istilah ‘lelaki’, ‘perempuan’

Sebuah sekolah menengah awam di Washington, Amerika Syarikat (AS) mengarahkan guru-guru sekolah berkenaan untuk mengelakkan daripada menggunakan istilah jantina lelaki (biologically male) dan perempuan (biologically female) di dalam bilik darjah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Demi rai pelajar transgender, guru dihalang guna istilah 'lelaki', 'perempuan'
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebuah sekolah menengah awam di Washington, Amerika Syarikat (AS) mengarahkan guru-guru sekolah berkenaan untuk mengelakkan daripada menggunakan istilah jantina lelaki (biologically male) dan perempuan (biologically female) di dalam bilik darjah.
  • Arahan itu terkandung dalam e-mel Setiausaha Kaunseling Lynnwood High School, Ari Dodge Sheehan kepada kakitangan sekolah itu bagi promosi “Transgender Visibility Day”.
  • E-mel itu juga menyediakan garis panduan mengenai cara bekerja dengan pelajar Transgender. 
  • Hantaran itu memberi mesej mengenai istilah yang perlu dielakkan, antara lain menyenaraikan larangan penggunaan frasa seperti “dilahirkan sebagai lelaki”, “dilahirkan sebagai wanita”, “lelaki secara genetik” dan “perempuan secara genetik”.

WASHINGTON – Sebuah sekolah menengah awam di Washington, Amerika Syarikat (AS) mengarahkan guru-guru sekolah berkenaan untuk mengelakkan daripada menggunakan istilah jantina lelaki (biologically male) dan perempuan (biologically female) di dalam bilik darjah.

Setiausaha Kaunseling Lynnwood High School, Ari Dodge Sheehan, telah menghantar emel kepada kakitangan sekolah itu pada Mac lalu bagi mempromosikan  “Transgender Visibility Day” dan menyediakan garis panduan mengenai cara bekerja dengan pelajar transgender. 

Hantaran e-mel itu mengandungi mesej berkenaan istilah yang perlu dielakkan, antara lain menyenaraikan larangan penggunaan frasa seperti “dilahirkan sebagai lelaki”, “dilahirkan sebagai wanita”, “lelaki secara genetik” dan “perempuan secara genetik”. 

“Frasa-frasa itu merumitkan dan istilah terbabit sering digunakan aktivis anti-transgender untuk membuat kesimpulan bahawa transgender bukanlah seperti yang mereka sangkakan.

“‘Biological boy’ adalah istilah yang sering diguna aktivis anti-trans untuk mengabaikan dan mendiskreditkan gadis transgender dan menafikan akses mereka kepada masyarakat sebagai identiti jantina mereka yang tulen. Biologi seseorang tidak menentukan identiti jantina individu,” kata Sheehan menerusi emel itu yang dipetik The Washington Free Beacon. 

Sheehan menghantar e-melnya pada bulan yang sama ketika pentadbiran Presiden AS Joe Biden mengisytiharkan rawatan hormon transgender adalah “penjagaan kesihatan menyelamatkan nyawa” untuk kanak-kanak, sekaligus mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap negeri yang mengharamkan akses kepada rawatan itu bagi kelompok berkenaan.

Sumber: Free Beacon

Author