Connect with us

Antarabangsa

Penduduk panik, gempa bumi kuat melanda Indonesia

Gempa bumi kuat melanda pantai pulau Sumatera di Indonesia yang menyebabkan penduduk panik. Tiada laporan mengenai kematian atau kerosakan serius buat masa sekarang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Penduduk panik, gempa bumi kuat melanda Indonesia
Foto: Sumber Givo Alputra / AP.
  • Gempa bumi kuat melanda pantai pulau Sumatera di Indonesia yang menyebabkan penduduk panik.
  • Agensi meteorologi dan geofizik Indonesia (BMKG) merekodkan gempa bumi berukuran 6.5 skala Richter di luar pulau Mentawai sejurus sebelum 10:30 pagi (03:30 GMT) pada Isnin yang tidak mencetuskan amaran tsunami. 
  • Ini merupakan gempa bumi ketiga yang dikesan di kawasan itu pada hari Isnin.
  • Gempa bumi bermagnitud 5.2 skala Richter direkodkan sebelum subuh, diikuti dengan 5.4 magnitud kurang dari satu jam selepas itu.

SUMATERA – Gempa bumi kuat melanda pantai pulau Sumatera di Indonesia yang menyebabkan penduduk panik. Tiada laporan mengenai kematian atau kerosakan serius buat masa sekarang.

Agensi meteorologi dan geofizik Indonesia (BMKG) merekodkan gempa bumi berukuran 6.5 skala Richter di luar pulau Mentawai sejurus sebelum 10:30 pagi (03:30 GMT) pada Isnin yang tidak mencetuskan amaran tsunami.

Ini merupakan gempa bumi ketiga yang dikesan di kawasan itu pada hari Isnin.

Gempa bumi bermagnitud 5.2 skala Richter direkodkan sebelum subuh, diikuti dengan gempa bumi berukuran 5.4 magnitud kurang dari satu jam kemudian.

Gempa bumi berukuran 6.5 magnitud dirasai selama beberapa saat di ibu kota wilayah Padang dan di kawasan pergunungan sekitar Bukittinggi (Sumatera), kata agensi bencana itu dalam satu kenyataan.

Tiada laporan kemalangan jiwa berlaku, tetapi terdapat kerosakan kecil pada bangunan di pulau Siberut.

Pegawai bencana tempatan di kepulauan Mentawai, Novriadi memberitahu agensi berita Reuters bahawa penduduk di beberapa kampung telah dipindahkan ke tempat yang lebih tinggi. 

Terdapat kerosakan kecil pada gereja, sekolah dan kemudahan kesihatan tempatan.

Sumber: Al Jazeera

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *