Komuniti
EKSKLUSIF: Kronologi isu bantahan pembinaan kuil di Damansara Damai
Aduan rasmi dibuat bagi membantah pembinaan kuil itu. Bantahan dibuat secara individu dan dihantar terus kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya.
2017 – Aduan rasmi (surat bantahan) dibuat bagi membantah pembinaan kuil itu. Bantahan dibuat secara individu dan dihantar terus kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Bantahan diterima dan projek itu dibatalkan pembinaannya.
2019 – Penduduk diberi notis pembinaan kuil itu akan diteruskan. Salah seorang wakil penduduk menyediakan satu memorandum bantahan projek itu. Memorandum bantahan mendapat tanda tangan sokongan dari 300 orang penduduk. Bantahan diterima dan projek itu dibatalkan pembinaannya buat kali kedua.
18 Januari 2022 – Penduduk dimaklumkan projek pembinaan kuil akan diteruskan. Wakil penduduk menghantar satu lagi memorandum bantahan projek tersebut.
Memorandum mendapat sokongan dari penduduk dalam kawasan perumahan dan luar kawasan perumahan apartment Impian.
Mengumpul 5,000 tanda tangan bantahan dan dihantar ke MBPJ. Kali ini tiada sebarang maklum balas atau tindakan diambil.
Jun 2022 – Papan tanda notis pembinaan kuil dipasang. Notis memaklumkan pembinaan akan diteruskan dan sekira ada sebarang cadangan atau bantahan, boleh dikemukakan kepada pihak berwajib.
Penduduk berasa pelik kerana memorandum sudah dihantar pada Febuari 2022. Mereka turut bimbang memorandum tidak sampai ke tangan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
29 Julai 2022 – Penduduk kawasan Damansara Damai menaikkan kain rentang bantahan pembinaan kuil. Tindakan itu diambil oleh penduduk kerana memorandum yang dihantar pada Febuari tidak mendapat maklum balas. MBPJ juga seakan tidak mengambil tindakan untuk memberhentikan pembinaan itu.
2 Ogos 2022 – Banner bantahan diturunkan oleh pegawai penguatkuasaan MBPJ selepas 3 hari dinaikkan. Tindakan itu turut dipantau anggota PDRM. Pihak membantah tidak tahu punca kain rentang diturunkan memandangkan mereka tidak melanggar undang-undang dan tindakan pihak berkuasa dijalankan tanpa sebarang waran.