Connect with us

Antarabangsa

“Berhenti berpura-pura sebagai orang kanan Jesus”

Tuhan dan Jesus mungkin tidak dicetak di atas kertas undi atau memiliki kerakyatan Kenya tetapi kedua-duanya sering disebut di merata-rata tempat dalam medan politik di negara afrika timur itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tunggang agama dan Jesus untuk raih undi
Foto: Kiri, Raila (Odinga) / Kanan, William Ruto.
  • Rata-rata ahli politik dan kelompok penunggang agama di Kenya aktif ‘berdakwah’ untuk meraih undi rakyat negara itu yang majoritinya beragama Kristian.
  • “Jangan menyamar sebagai orang kanan Jesus,” kata Martha Karua, bekas menteri kehakiman yang juga gandingan Raila Odinga (pencabar jawatan presiden) mengherdik calon presiden lawan, William Ruto.
  • Dr Samo Mtishiby yang mengaku dirinya seorang nabi dan meramal “Raila (Odinga) akan menjadi presiden” selepas beliau mendakwa bercakap dengan tuhan.
  • “Bhang (ganja) dibenarkan di Israel, malah Jesus pun hisap ganja,” kata calon keempat bertanding bagi jawatan presiden, George Wajackoyah.

NAIROBI – Tuhan dan Jesus mungkin tidak dicetak di atas kertas undi atau memiliki kerakyatan Kenya tetapi kedua-duanya sering disebut di merata-rata tempat dalam medan politik di negara afrika timur itu.

Rata-rata ahli politik membuat dakwaan Tuhan bercakap dengan mereka dan memberitahu mereka siapa bakal menjadi presiden dalam usaha untuk meraih undi rakyat negara itu yang majoritinya beragama Kristian.

“Jangan menyamar sebagai orang kanan Jesus,” kata Martha Karua, bekas menteri kehakiman yang juga gandingan pencabar utama bagi jawatan Presiden Kenya, Raila Odinga pada perhimpunan 3 Ogos lalu. 

Teguran itu dibuat Martha Karua kepada William Ruto, timbalan presiden dan lawan mereka bagi kerusi presiden negara Afrika timur itu, yang dilihat menangis semasa upacara keagamaan sebelum ini bagi meraih undi. 

Kedua-dua calon iaitu Raila Odinga dan William Ruto adalah calon utama bagi menggantikan Uhuru Kenyatta yang secara perlembagaan tidak boleh memegang jawatan presiden melebihi dua penggal pemerintahan.

Setakat artikel ini ditulis jam 9 malam tadi, keputusan semasa menunjukkan persaingan sengit bagi perebutan kerusi Presiden Kenya di antara timbalan presiden William Ruto dan bekas perdana menteri, Raila Odinga.

Sebelum ini tular di Facebook mengenai Dr Samo Mtishiby yang mengaku dirinya seorang nabi dan meramal “Raila akan menjadi presiden” selepas beliau mendakwa bercakap dengan tuhan.

Calon keempat bertanding untuk menjadi presiden, George Wajackoyah pula mencadangkan perusahaan ladang ganja dibenarkan di Kenya.

“Bhang (ganja) dibenarkan di Israel, malah Jesus pun hisap ganja,” kata calon presiden Kenya itu.

Lebih 85 peratus daripada 56 juta penduduk Kenya beragama Kristian walaupun dari segi perlembagaan ia adalah sebuah negara sekular.

Atas sebab itu sejak berdekad-dekad lamanya ahli politik di negara itu menggunakan pengaruh agama bagi meraih sokongan pengundi.

Sumber: Al Jazeera

 

Author