Connect with us

Terkini

“Tiada istilah ‘Double Jeopardy'” – Pensyarah undang-undang bidas SIS

Pada 15 Julai lalu, SIS mengeluarkan kenyataan tentang kemungkinan suspek wanita hina agama berdepan isu double jeopardy sekiranya turut didakwa di Mahkamah Syariah setelah dituduh di Mahkamah Sesyen.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

double jeopardy Mahkamah sesyen Kuala Lumpur
Foto: Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur.
  • Hafiz Hassan, pensyarah undang-undang membidas kenyataan SIS mengenai isu double jeopardy.
  • Isu ini hanya akan berlaku sekiranya mahkamah telah memutuskan tertuduh bersalah atau tidak, dan ada tuduhan seterusnya menggunakan fakta sama.
  • Kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 adalah berbeza.

KUALA LUMPUR – Pada 15 Julai lalu, SIS mengeluarkan kenyataan tentang kemungkinan suspek wanita hina agama berdepan isu double jeopardy sekiranya turut didakwa di Mahkamah Syariah setelah dituduh di Mahkamah Sesyen.

Kenyataan tersebut dibidas Hafiz Hassan, seorang pensyarah Undang-Undang Prosedur Jenayah di sebuah universiti swasta.

“Pertama, tiada isu double jeopardy sehingga mahkamah putuskan samada tertuduh bersalah atau tidak. Kes yang dijalankan di Mahkamah Sesyen baru di tahap awal iaitu pertuduhan.

“Kedua, kesalahan di bawah Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan sememangnya berbeza dengan kesalahan di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan)1997.

Beliau menambah, “Ianya bukan sesuatu yang luar biasa untuk mendakwa seseorang dengan kesalahan berbeza di bawah peruntukan dalam statut yang sama atau lain.

“Oleh disebabkan itu, contohnya, dengan menggunakan fakta yang sama, tertuduh boleh didakwa dengan kesalahan rasuah mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan pengubahan wang haram mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan hasil daripada Aktiviti Haram 2001,”, hurainya lanjut.

 

Author