Connect with us

Ekonomi

Inflasi: Siswa bengang nasi campur berlaukkan sayur dan ayam RM10 sepinggan

Mereka berkata sepinggan nasi campur berlaukkan sayur dan ayam dijual sehingga RM10 manakala sebuku sabun berharga RM6 meskipun barangan itu boleh dibeli di tempat lain pada separuh harga.

Wartawan TMT

Published

on

Inflasi pelajar bengang
Foto: Malaysiakini
  • 20 persatuan mahasiswa bengang apabila kafetaria universiti dan kedai koperasi naikkan harga makanan dan barangan runcit melebihi harga pasaran.
  • Tinjauan di universiti-universiti sekitar Lembah Klang mendapati nasi campur berlaukkan sayur dan ayam dijual sehingga RM10 sepinggan dianggap melampau.
  • Mi segera jenama Maggi sepaket dijual RM2.50, Korean Ramen RM6.50 jauh lebih tinggi dari harga biasa.
  • Situasi ini menyebabkan mahasiswa terbeban dan terpaksa ikat perut.
  • Kumpulan mahasiswa itu menggesa kerajaan tangani kenaikan kos sara hidup atau mereka akan bertindak turun protes di jalanan.

Inflasi yang meningkat di seluruh negara memberi kesan terhadap golongan pelajar apabila kafetaria universiti dan kedai koperasi mula menaikkan harga makanan dan barangan runcit, dengan sesetengahnya dijual melebihi harga pasaran, menurut kumpulan siswa.

Mereka berkata sepinggan nasi campur berlaukkan sayur dan ayam dijual sehingga RM10 manakala sebuku sabun berharga RM6 meskipun barangan itu boleh dibeli di tempat lain pada separuh harga.

Pada sidang media hari ini, Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Aliff Naif Mohd Fizam berkata perkara ini merupakan dapatan mereka selepas menjalankan tinjauan harga barang di universiti sekitar Lembah Klang.

“(Harga) tidak naik sehingga dua kali ganda, namun peningkatannya agak membebankan bagi pihak mahasiswa, kerana kita bukan golongan yang berpendapatan.

“Jita dapat lihat komen-komen daripada pihak mahasiswa itu sendiri, wujud kenaikan yang saya sebutkan, membebankan daripada pihak mahasiswa.

“Kita tidak menolak kemungkinan, bahawa ada mahasiswa yang terpaksa mengikat perut, terkait dengan isu kenaikan ini,” katanya.

Menurut kumpulan itu, biasanya harga makanan diletakkan berpatutan di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Namun, kata mereka kini sepinggan nasi campur dengan beberapa sayur kini dijual pada harga RM6 manakala seketul ayam goreng dijual antara RM3 dan RM4.50.

Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya Ooi Guo Shen berkata ketika pelajar mula-mula pulang ke kampus Mei lalu, mereka hanya perlu membayar RM6 untuk sepinggan nasi campur lauk sayur dan ayam.

Bagaimanapun, kata Ooi kini mereka perlu membayar antara RM9 dan RM10 untuk hidangan yang sama sejak dua minggu lalu.

Sementara itu, wakil persatuan Demokrat UM Sharifah I’Nur Habib Idris berkata beberapa kedai koperasi di kampus itu ditutup selepas pelajar mengadu membeli barangan dengan harga mahal.

Jelasnya, dia tidak pasti dari mana datangnya arahan penutupan itu.

Harga cekik darah
“Harga yang tidak terkawal itu, sebagai contohnya satu buku sabun dijual sehingga harga RM6, yang patutnya boleh dibeli di luar dengan RM3, tapi dalam koperasi RM6,” katanya.

Dia juga menegaskan mi segera sepaket dijual pada harga RM2.50 untuk jenama Maggi dan sehingga RM6.50 untuk Korean Ramen.

“Kononnya untuk memudahkan mahasiswa, untuk ada gerai dalam kampus kami sendiri, tetapi apa yang memudahkannya, jika harga dia pun mencekik darah bagi kami sendiri,” katanya.

Pada sidang media sama, Aliff bersama wakil 20 persatuan mahasiswa menggesa kerajaan segera menangani kenaikan kos sara hidup atau kegagalan bertindak akan mendorong mereka turun ke jalan raya.

Kumpulan siswa itu juga menuntut Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengawal harga barangan serta makanan di kafe serta vendor dalam institusi pengajian tinggi (IPT).

Antara kesatuan pelajar yang menyokong kenyataan tersebut ialah Kesatuan Pelajar UIA, Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Demokrat UKM, Demokrat UM, Suara Mahasiswa UMS, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dan Republikan UKM.

Sumber : Malaysiakini

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Ekonomi

Goodyear tutup kilang di Shah Alam, 550 pekerja bakal terjejas

Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Kenyataan dari pengeluar tayar terkenal, Goodyear yang tersebar di media sosial hari ini.
  • Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.
  • Perkara itu diumumkan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.
  • Katanya, penutupan itu sebahagian dari program transformasi untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio syarikat pembuat tayar tersebut.
  • “Seperti yang kalian ketahui, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang direka untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio kami, menyampaikan pengembangan margin yang ketara dan mencipta nilai pemegang saham. 
  • “Program ini termasuk tindakan khusus pengurangan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang 2025, untuk memastikan kami kekal berdaya saing dan diletakkan sebagai peneraju industri,” kata Madarang dalam kenyataan media itu.

KUALA LUMPUR – Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.

Perkara itu diumumkan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.

Foto: Kenyataan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang.

Katanya, penutupan itu sebahagian dari program transformasi untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio syarikat pembuat tayar tersebut.

“Seperti yang kalian ketahui, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang direka untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio kami, menyampaikan pengembangan margin yang ketara dan mencipta nilai pemegang saham. 

“Program ini termasuk tindakan khusus pengurangan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang 2025, untuk memastikan kami kekal berdaya saing dan diletakkan sebagai peneraju industri,” kata Madarang dalam kenyataan media itu.

Madarang berkata keputusan seperti itu tidak dibuat secara mudah tetapi perlu untuk memajukan kepentingan jangka panjang syarikat dan pelanggannya.

“Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Goodyear telah membuat keputusan sukar tetapi diperlukan dengan menutup kilang pembuatan kami di Shah Alam, Malaysia, berkuat kuasa 30 Jun 2024, dengan penutupan sepenuhnya dijangka selesai menjelang akhir tahun.

“Seperti mana-mana penutupan kemudahan lain, impak secara langsung akan berlaku dan dalam kes ini, kira-kira 550 jawatan operasi kami dalam Malaysia akan terjejas. 

“Kami komited menyantuni rakan sekerja kami dengan hormat dan telus sepanjang proses ini,” katanya turut berterima kasih di atas fokus berterusan kakitangan Goodyear selama ini. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending