Connect with us

Terkini

Bon Odori pesta budaya, sebenarnya tarian agama menghiburkan hantu?

Penularan poster hebahan festival Bon Odori yang dijadualkan akan berlangsung pada 16 Julai (esok) di Kompleks Sukan Negara Shah Alam telah mencetuskan perdebatan dan pertikaian hangat antara pelbagai pihak. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bon Odori Fiesta
  • Festival Bon Odori bakal dijadualkan berlangsung esok, 16 Julai, di Kompleks Sukan Negara Shah Alam.
  • Perayaan yang dianggap hanya seperti pesta budaya ini, sebenarnya mempunyai unsur keagamaan Buddha dan bertujuan meraikan roh nenek moyang yang dipercayai berkeliaran dan akan pulang ke rumah pada hari tersebut.
  • Umat Islam dilarang mengikuti pesta Bon Odori kerana ianya merupakan perayaan keagamaan dan falsafahnya bercanggah dengan ajaran Islam (terutama soal roh dan hantu).
  • Perayaan Bon yang dipelajari melalui kisah The Transformation Text on Mu-lien Saving His Mother from the Dark Regions tidak jauh berbeza daripada perayaan Hantu Lapar yang disambut oleh masyarakat Cina.

KUALA LUMPUR – Penularan poster hebahan festival Bon Odori yang dijadualkan akan berlangsung pada 16 Julai (esok) di Kompleks Sukan Negara Shah Alam telah mencetuskan perdebatan dan pertikaian hangat antara pelbagai pihak. 

Kenyataan menyifatkan Bon Odori hanya sekadar pesta kebudayaan dan tidak melibatkan unsur keagamaan, menjadi antara isu yang dibangkitkan oleh warga maya.

Merujuk kepada satu artikel dari unit R&D NGO, Pertubuhan Muallaf Berbilang Bangsa (MRM), perkataan “Odori” dalam bahasa Jepun bermaksud tarian tradisional Jepun. Manakala “Bon” membawa maksud Perayaan Hantu Lapar yang menjadi amalan agama Buddha.

Falsafah dan sejarah di sebalik perkara tersebut berasaskan kepada kepercayaan agama yang wujud di dalam agama Buddha.   

Menerusi penelitian portal itu, masyarakat Jepun yang beragama Buddha telah merayakan festival ini sejak lebih 500 tahun dahulu kerana mereka percaya roh nenek moyang akan berkeliaran dan kembali ke rumah pada hari tersebut. 

Perayaan Bon dikatakan tidak jauh berbeza daripada perayaan Hantu Lapar yang disambut oleh masyarakat Cina. Cuma berlaku sinkretisme percampuran budaya Jepun dengan ajaran Konfusianisme, lalu ia disertakan dengan tarian bagi menghiburkan hantu-hantu nenek moyang. 

Di sisi sejarah perayaan ini, kebanyakan orang mengetahui tentang kisah perayaan ini adalah melalui tukang cerita profesional, yang menceritakan sebuah kisah bertajuk The Transformation Text on Mu-lien Saving His Mother from the Dark Regions. 

Bon Odori KL 2022

Peristiwa ini mula dikenang dan diadakan secara konsisten oleh penganut Buddha. Ia dikenali sebagai Ullambana. Ketika agama Buddha mula masuk ke Jepun sekitar abad ke 4 Masihi, Ullambana ini mula dikenali sebagai Bon, iaitu hari meraikan roh nenek moyang.

Larangan meraikan perayaan tersebut turut diingatkan melalui sebuah hantaran seorang pendakwah bebas, Firdaus Wong di Facebook.

“Golongan muslim seharusnya menghindarkan diri dari terlibat di dalam tarian tersebut kerana ia satu perayaan yang berbentuk keagamaan dan falsafahnya bercanggah dengan ajaran Islam (terutama soal roh dan hantu).

“Dan sudah tentu di dalam tarian itu, akan berlaku ikhtilat (percampuran lelaki dan wanita). Oleh itu janganlah kita mudah terikut sesuatu amalan itu di atas nama ‘kebudayaan’ dan ‘tradisional’ semata-mata sedangkan di sebaliknya memiliki falsafah tersendiri.

“Bimbang termasuk di dalam golongan yang melakukan tasyabbuh (menyerupai golongan agama lain). Seperti hadis yang bermaksud:“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum (dalam urusan agama), maka ia termasuk golongan mereka,” tegasnya lagi.

Menurutnya, Islam sangat mementingkan nilai identiti sebagai muslim bagi membezakan dengan amalan bukan Islam. Dalam soal ini ramai yang tidak faham dengan menganggap “Menari pun lemah iman?” atau “Takkan dengan sambut benda ini tergadai akidah?”.

“Ia bukan soal iman dan akidah semata tetapi ia soal identiti sebagai seorang muslim. Sebab itu di dalam hadis lain Nabi menyuruh muslim menipiskan misai dan menyimpan janggut bagi membezakan golongan musyrik dan bukan Islam,” ujarnya sambil menyeru umat Islam untuk benar-benar menjaga identiti mereka. 

Sumber: Fakir Ilmu, Facebook Firdaus Wong Wai Hung

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *