Connect with us

Terkini

Hukuman lelaki buat hantaran jelik kalimah Allah dibatalkan

Hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 terhadap seorang juruteknik aplikasi sosial yang dikenakan sebelum ini susulan mengaku bersalah membuat hantaran bersifat jelik berkaitan kalimah Allah dibatalkan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Chiok Wai Loong, 34 (baju merah).
  • Hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 terhadap seorang juruteknik aplikasi sosial yang dikenakan sebelum ini susulan mengaku bersalah membuat hantaran bersifat jelik berkaitan kalimah Allah dibatalkan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
  • Hakim Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas membenarkan semakan difailkan tertuduh, Chiok Wai Loong, 34, supaya pengakuan salah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan sebelum ini adalah bukan akuan jelas, tanpa bersyarat dan tidak boleh diterima. 
  • Selepas mendengar hujahan pihak-pihak (pembelaan tertuduh dan pendakwaan), mahkamah membatalkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen terhadap sabitan dan hukuman. 
  • “Tertuduh diarah dipertuduhkan semula tetapi di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen berlainan dalam kadar segera,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.
  • Pada 22 Mac lalu, Hakim Suzana Hussin dilaporkan menjatuhkan hukuman itu terhadap Wai Loong yang mendakwa hanya menjadi ‘keyboard warrior’ dan tidak mengetahui kalimah Allah ditulis menghina agama Islam.

KUALA LUMPUR — Hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 terhadap seorang juruteknik aplikasi sosial yang dikenakan sebelum ini susulan mengaku bersalah membuat hantaran bersifat jelik berkaitan kalimah Allah dibatalkan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hakim Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas membenarkan semakan difailkan tertuduh, Chiok Wai Loong, 34, supaya pengakuan salah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan sebelum ini adalah bukan akuan jelas, tanpa bersyarat dan tidak boleh diterima. 

Selepas mendengar hujahan pihak-pihak (pembelaan tertuduh dan pendakwaan), mahkamah membatalkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen terhadap sabitan dan hukuman. 

Dengan itu, tertuduh diarahkan ke Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan secara penuh.

“Tertuduh diarah dipertuduhkan semula tetapi di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen berlainan dalam kadar segera,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Pada 22 Mac lalu, Hakim Suzana Hussin dilaporkan menjatuhkan hukuman itu terhadap Wai Loong yang mendakwa hanya menjadi ‘keyboard warrior’ dan tidak mengetahui kalimah Allah ditulis menghina agama Islam. 

Lelaki itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain melalui Facebook (FB) menggunakan nama profil ‘Chiok Wai Loong’ pada 18 Mac lalu.

Wai Loong dilaporkan tampil membuat permohonan maaf di FB menerusi satu klip video selepas ditemui pengguna FB Tok Panglima Aduka yang mencari Wai Loong di rumah ibu bapa lelaki itu susulan hantaran FB ditulis Wai Loong tular di media sosial.

Wai Loong sebelum ini menulis dua hantaran berbeza yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam iaitu berkenaan insiden stoking tertera tulisan kalimah Allah yang dilihat menambah ketegangan orang ramai, termasuk memuat naik gambar stoking yang mempunyai wajahnya sendiri dengan hantaran, ‘Saya hina saya sendiri…siapa nak beli?…’.

Kedua-dua hantaran itu didapati sudah dipadamkan di FB Wai Loong, bagaimanapun tangkap layar hantaran berkenaan tetap ‘menular’ di media sosial, terutama FB. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *