Antarabangsa
Mahkamah Tinggi Kerala enggan benarkan masyarakat Islam bina masjid baharu
Mahkamah Tinggi Kerala pada Jumaat lalu enggan membenarkan masyarakat Islam membina masjid atau surau baharu berdekatan kediaman mereka.

- Mahkamah Tinggi Kerala pada 26 Ogos lalu enggan memberi kebenaran bagi masyarakat muslim membina masjid atau surau baharu di kawasan berdekatan kediaman mereka.
- Mahkamah tinggi itu mendengar kes difailkan Noorul Islam Samskarika Sangam yang cuba menukar bangunan komersial kepada tempat ibadat orang Islam.
- Petisyen itu mendakwa bahawa pembinaan rumah ibadat itu akan membolehkan umat Islam di kawasan sekitar mengakses masjid dengan mudah bagi menunaikan solat lima waktu sehari.
- “Tuhan ada di mana-mana. Jika masyarakat Islam ingin menunaikan solat di masjid itu sendiri, mereka boleh pergi ke masjid terdekat dan bukannya membina surau baharu berhampiran kediaman mereka” – Mahkamah Tinggi Kerala.
INDIA – Mahkamah Tinggi Kerala pada Jumaat lalu enggan membenarkan masyarakat Islam membina masjid atau surau baharu berdekatan kediaman mereka.
Mahkamah tinggi itu dalam kenyataannya berkata masyarakat Islam boleh menunaikan ibadah di masjid berhampiran.
“Tuhan ada di mana-mana. Jika masyarakat Islam ingin menunaikan solat di masjid itu sendiri, mereka boleh pergi ke masjid terdekat dan bukannya membina surau baharu berhampiran kediaman mereka.
“Disebabkan situasi geografi pelik di Kerala, ia dikenali sebagai ‘God’s own country‘. Tetapi kami letih dengan banyak tempat keagamaan dan surau dan kami bukan dalam kedudukan yang boleh membenarkan mana-mana rumah ibadat, kecuali dalam kes yang jarang berlaku,” kata Mahkamah Tinggi Kerala.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kerala enggan memberi kebenaran membina masjid baharu di kawasan Kerala yang didakwa sudah mempunyai banyak masjid.
Mahkamah itu berkata negeri di India itu sudah mempunyai banyak tempat keagamaan di mana penganut boleh beribadat dan nisbah struktur agama kepada penduduk di negeri ini sangat tinggi.
Menurut laporan media tempatan, mahkamah mendengar kes yang difailkan Noorul Islam Samskarika Sangam yang cuba menukar status bangunan komersial kepada tempat ibadat orang Islam.
Petisyen itu mendakwa pembinaan rumah ibadat itu akan membolehkan umat Islam di kawasan sekitar untuk mengakses masjid dengan mudah bagi menunaikan solat lima waktu sehari.
