Connect with us

Antarabangsa

Mahkamah Tinggi Kerala enggan benarkan masyarakat Islam bina masjid baharu

Mahkamah Tinggi Kerala pada Jumaat lalu enggan membenarkan masyarakat Islam membina masjid atau surau baharu berdekatan kediaman mereka.

Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah Tinggi Kerala enggan benarkan masyarakat Islam bina masjid baharu
Foto: Mahkamah Tinggi Kerala.
  • Mahkamah Tinggi Kerala pada 26 Ogos lalu enggan memberi kebenaran bagi masyarakat muslim membina masjid atau surau baharu di kawasan berdekatan kediaman mereka.
  • Mahkamah tinggi itu mendengar kes difailkan Noorul Islam Samskarika Sangam yang cuba menukar bangunan komersial kepada tempat ibadat orang Islam. 
  • Petisyen itu mendakwa bahawa pembinaan rumah ibadat itu akan membolehkan umat Islam di kawasan sekitar mengakses masjid dengan mudah bagi menunaikan solat lima waktu sehari.
  • “Tuhan ada di mana-mana. Jika masyarakat Islam ingin menunaikan solat di masjid itu sendiri, mereka boleh pergi ke masjid terdekat dan bukannya membina surau baharu berhampiran kediaman mereka” – Mahkamah Tinggi Kerala.

INDIA – Mahkamah Tinggi Kerala pada Jumaat lalu enggan membenarkan masyarakat Islam membina masjid atau surau baharu berdekatan kediaman mereka.

Mahkamah tinggi itu dalam kenyataannya berkata masyarakat Islam boleh menunaikan ibadah di masjid berhampiran.

“Tuhan ada di mana-mana. Jika masyarakat Islam ingin menunaikan solat di masjid itu sendiri, mereka boleh pergi ke masjid terdekat dan bukannya membina surau baharu berhampiran kediaman mereka.

“Disebabkan situasi geografi pelik di Kerala, ia dikenali sebagai ‘God’s own country‘. Tetapi kami letih dengan banyak tempat keagamaan dan surau dan kami bukan dalam kedudukan yang boleh membenarkan mana-mana rumah ibadat, kecuali dalam kes yang jarang berlaku,” kata Mahkamah Tinggi Kerala.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kerala enggan memberi kebenaran membina masjid baharu di kawasan Kerala yang didakwa sudah mempunyai banyak masjid. 

Mahkamah itu berkata negeri di India itu sudah mempunyai banyak tempat keagamaan di mana penganut boleh beribadat dan nisbah struktur agama kepada penduduk di negeri ini sangat tinggi.

Menurut laporan media tempatan, mahkamah mendengar kes yang difailkan Noorul Islam Samskarika Sangam yang cuba menukar status bangunan komersial kepada tempat ibadat orang Islam. 

Advertisement

Petisyen itu mendakwa pembinaan rumah ibadat itu akan membolehkan umat Islam di kawasan sekitar untuk mengakses masjid dengan mudah bagi menunaikan solat lima waktu sehari.

Sumber: Latestyly dan Opindia

 

 

 

 

Advertisement

Author

Antarabangsa

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam

Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
  • Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
  • Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
  • “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
  • “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.

Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.

Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.

Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.

Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.

Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.

Advertisement

“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.

“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.

Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.

Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending