Connect with us

Terkini

“Sistem sekuriti bank selamat, tapi ‘scammer’ lebih maju,”- Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia

Sistem bank sekarang adalah selamat dan dari segi kawal selia juga mencukupi namun apabila melibatkan golongan ‘scammer’ atau penipuan dalam talian, kita perlu lebih berhati-hati.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

“Sistem sekuriti bank selamat, tapi ‘scammer’ lebih maju,”- Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekuriti bank tidak mudah diceroboh, memandangkan bank mengamalkan dua tapisan keselamatan yang perlu dilalui sebelum sebarang pengesahan diberikan, sekaligus menunjukkan sekuriti bank semakin ketat.
  • “Dari segi control nya bank ini memang ada dan memang sufficient cuma bila scammer ini lebih bijak dua tiga step. Dia tak hack sistem bank itu sebaliknya dia melalui TAC number atau password.” – Pengarah Eksekutif AIBIM, Ratna Sha’erah Kamaludin.
  • “Tapi kita kena ambil tahu banyak apps fake and scam, kita kena tahu scammer ini dia sangat advance jadi once tersalah tekan any apps katakanlah anda install this apps yang sebenarnya ada malware atau virus jadi kesemua data peribadi perbankan akan ditarik. Ini bukan masalah di sistem perbankan tau tapi ini masalah gajet kita.”
  • Pelanggan bank diingatkan untuk menyimpan sebaik mungkin data peribadi dan jangan sesekali berkongsi kata laluan mereka kepada mana-mana individu.

KUALA LUMPUR – Sistem bank sekarang adalah selamat dan dari segi kawal selia juga mencukupi namun apabila melibatkan golongan ‘scammer’ atau penipuan dalam talian, kita perlu lebih berhati-hati.

Pengarah Eksekutif Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), Ratna Sha’erah Kamaludin berkata demikian berhubung dakwaan yang mengatakan bahawa sistem sekuriti bank mudah untuk diceroboh.

Ia susulan beberapa kes melibatkan pelanggan bank kerugian beribu-ribu ringgit angkara ‘scammer’ yang sedang hangat dibahaskan oleh masyarakat hari ini terutama dalam media sosial.

Katanya, “Dari segi control nya bank ini memang ada dan memang sufficient cuma bila scammer ini lebih bijak dua tiga step. Dia tak hack sistem bank itu sebaliknya dia melalui TAC number atau password.

Menurutnya, sekuriti bank tidak mudah untuk diceroboh, memandangkan terdapat bank yang mengamalkan dua tapisan keselamatan yang perlu dilalui sebelum sebarang pengesahan diberikan, sekaligus ia menunjukkan bahawa sekuriti bank sekarang semakin ketat.

“Tapi kita kena ambil tahu banyak apps yang fake and scam, kita kena tahu scammer ini dia sangat advance jadi once tersalah tekan any apps katakanlah anda install this apps yang sebenarnya ada malware atau virus jadi kesemua data peribadi perbankan akan ditarik.

Ini bukan masalah di sistem perbankan tau tapi ini masalah gajet kita. 

Kita masukkan apps dia akan bawa ke phishing scam dia boleh take all our information. Dekat bank dia nampak macam biasa je tapi sebenarnya yang buat transfer itu malware sendiri,” katanya yang turut mengingatkan agar pelanggan bank bersikap waspada dan segera membuat aduan jika berlaku sebarang kejadian seperti sedemikian.

Tambahnya, bank di Malaysia telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti online banking, e- wallet untuk memudahkan pelanggan membuat transaksi tanpa perlu pergi ke bank.

Katanya, “Bank menyediakan banyak channel ini adalah untuk kemudahan pengguna membuat transaksi tanpa pergi bank dan sistem dia adalah selamat kerana dari pihak bank sendiri memang ada team IT security yang melihat dan dikawal selia.

Ia ada sufficient control to change untuk mengesahkan authenticity of the customer dan  untuk online transaction ini kita ada password maknanya kontrol itu dah ada dan mencukupi untuk normal transaction to go through.”

Bagaimanapun, beliau mengingatkan para pelanggan bank untuk menyimpan sebaik mungkin data peribadi mereka dan jangan sesekali berkongsi kata laluan mereka kepada mana-mana individu.

Tegas beliau, adakala terdapat pelanggan bank yang masih menggunakan kata laluan atau ID pengguna yang sudah kebanyakan orang boleh tahu iaitu meletakkan nama dan tarikh lahir mereka.

Justeru bila mengingatkan pelanggan bank untuk lebih menitikberatkan perkara sedemikian juga lebih berhati-hati kerana ‘scammer’ sedang berleluasa.

Katanya, sama ada pelanggan mahupun bank perlu memainkan peranan masing-masing dalam menangani permasalahan sebegini.

“Pihak bank mempunyai peranan untuk memastikan security control mereka dan ia sudah pun dikawal selia dari bahagian itu dan pihak pelanggan pula sekiranya ada masalah cepat-cepatlah buat report dan beri report itu kepada pihak yang betul,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times pada Selasa.

Author