Terkini
Isu rasuah: Kerajaan Perpaduan ‘cakap tidak serupa bikin’ bila kena orang sendiri
Pentadbiran Kerajaan Perpaduan disifatkan sebagai ‘cakap tidak serupa bikin’ dan tiada ketegasan dalam memerangi rasuah apabila tidak merehatkan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, selepas pegawainya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

- Pentadbiran Kerajaan Perpaduan disifatkan sebagai ‘cakap tidak serupa bikin’ dan tiada ketegasan dalam memerangi rasuah apabila tidak merehatkan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, selepas pegawainya disiasat SPRM.
- Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khairuddin berkata sewajarnya PM Datuk Seri Anwar Ibrahim merehatkan Menteri Sumber Manusia itu selari dengan tindakan desakan Majlis Presiden PH terhadap kes Tan Sri Azam Baki pada 2022.
- “Ketika itu (pada 2022), Majlis Presiden PH pernah mendesak Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Pengerusi Panel Perundingan & Pencegahan Rasuah (PPPR), Tan Sri Borhan Dolah, direhatkan sehingga siasatan dakwaan pemilikan saham Tan Sri Azam Baki selesai.
- “Kedua-dua tokoh itu bukanlah suspek, namun disebabkan kedudukan mereka dalam agensi berkaitan SPRM menyebabkan terdapat konflik kepentingan sehingga PH mendakwa mereka enggan mengambil tindakan terhadap Tan Sri Azam Baki.
- “Hari ini siasatan SPRM terhadap kes rasuah berkaitan imbuhan kelulusan pekerja asing semakin banyak membabitkan Menteri Sumber Manusia dari PH tetapi beliau tidak direhatkan,” katanya dalam kenyataan semalam.
KUALA LUMPUR: Pentadbiran Kerajaan Perpaduan disifatkan sebagai ‘cakap tidak serupa bikin’ dan tiada ketegasan dalam memerangi rasuah apabila tidak merehatkan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, selepas pegawainya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).
Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khairuddin, berkata, sewajarnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merehatkan Menteri Sumber Manusia itu, selari dengan tindakan desakan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) terhadap kes Tan Sri Azam Baki pada 2022.
“Ketika itu (pada 2022), Majlis Presiden PH pernah mendesak Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Pengerusi Panel Perundingan & Pencegahan Rasuah (PPPR), Tan Sri Borhan Dolah, direhatkan sehingga siasatan dakwaan pemilikan saham Tan Sri Azam Baki selesai.
“Kedua-dua tokoh itu bukanlah suspek, namun disebabkan kedudukan mereka dalam agensi berkaitan SPRM menyebabkan terdapat konflik kepentingan sehingga PH mendakwa mereka enggan mengambil tindakan terhadap Tan Sri Azam Baki.
“Hari ini siasatan SPRM terhadap kes rasuah berkaitan imbuhan kelulusan pekerja asing semakin banyak membabitkan Menteri Sumber Manusia dari PH tetapi beliau tidak direhatkan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Khairil Nizam yang juga Ahli Parlimen Jerantut, menegaskan tindakan berkenaan penting untuk memastikan SPRM dapat menjalankan tugas dengan bebas, tanpa tekanan serta campur tangan pihak berkepentingan yang memiliki kuasa.
Katanya, antara tata kelola baik yang diamalkan dalam dunia korporat dan industri adalah dengan memberikan ‘Garden Leave’.
Pemberian cuti, katanya bagi merehatkan pegawai yang berkenaan bagi melindungi kepentingan perniagaan dan juga reputasi baik sesebuah organisasi.
“Perikatan Nasional (PN) menggesa Perdana Menteri dan Majlis Presiden PH menunjukkan teladan yang baik serta mengotakan janji mereka kepada masyarakat bila orang mereka sendiri disiasat.
“Rakyat semakin matang dan melihat sikap “double standard” kerajaan sekarang terutamanya pemimpin PH,” katanya.
Sumber: Berita Harian
